Categories: Article

Ya Jalīl

اَلْجَلِيْل

Yang Maha Luhur – yang keluhuran-Nya yang amat mempesonakan.

Ada banyak kepercayaan dalam masyarakat Islam khususnya mengenai ketika seorang bayi yang baru lahir dan masih belum diberi nama. Di masyarakat Islam, dipercayai bahawa nanti pada hari pengadilan di akhirat, setiap insan manusia akan dipanggil dengan memakai namanya masing-masing. Dipercayai bahawa nama seseorang dapat menolongnya dihari pengadilan akhirat yang amat menakutkan nanti. Jalil, salah satu asma Allah, adalah salah satu nama baik yang berguna untuk urusan didunia dan di akhirat.

Dalam Bahasa Bani Isra’il ada kata yang mirip dengan kata dalam Bahasa Arab jalīl namun maknanya agak luas bukan hanya satu makna. Kata itu adalah,

  /gelal/ atau /galal/.

Maknanya secara umum adalah tentang keindahan alam yang begitu indah sampai dapat dipuisikan.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, salah satu makna

 /gelal/

adalah “kerana yang dilihat adalah” atau “kerena.” Seperti dalam kisah Yusuf yang jadi jongos di Kerajaan Tidak Berkhatan, iaitu, Kerajaan Raja Fir’aun. Kerana yang dipandang adalah Yusuf, hanya Kerajaan Raja Fir’aun lah yang diberi barakah oleh Allah. Tidak ada Kerajaan lain yang diberi barakah ketika itu oleh Allah selain Kerajaan Raja Fir’aun. Allah melakukan itu hanya kerana yang dipandang adalah Yusuf.

Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah at-Takwin (Kejadian) 39:5.

Nabiullah Irmiyah mengenang musibah-musibah yang diturunkan Allah kepada seluruh Bani Isra’il hanya kerana tingkah jahat rajanya. Ketika itu Bani Isra’il dipimpin oleh Raja Manasseh bin Hezekiah.

Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Irmiyah 15:4.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, salah satu makna

 /gelal/

adalah terdengar rentetan suara yang indah dari sesuatu yang tergulung-gulung indah seperti indahnya gulungan Kitab-Kitab Allah, seperti rentetan suara ombak dan gelombang samudra yang menderu-deru (termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Zabur 42:7), seperti bentuk mangkuknya danau.

 /HaGalil/

atau Danau al-Jalil الجليل‎ atau Danau Galilia yang begitu luas dan amat indah mempesona.

Nabi Daud pernah mengungkapkan betapa indahnya Allah dan betapa mempesonakan, yang bermaksud …

“Dari Gunung Sion, puncak keindahan, Allah akan memancarkan cahaya-Nya.”

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Kitab Zabur 50:2.)

Kehormatan dan keagungan ada di hadirat-Nya; kekuatan dan keindahan di dalam tempat suci-Nya.

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Zabur 96:6.)

Dia telah menentukan waktu yang tepat bagi tiap-tiap perkara. Dia telah memberi kita keinginan untuk mengetahui masa depan, tetapi tidak memberi kita pemahaman tentang segala perbuatan-Nya dari awal sampai akhir.

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Suhuf al-Jaami’ati [Pengkhotbah] 3:11.)

Puisi Ibrani dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil amat sederhana dan amat alami namun pikiran yang amat dalam dapat diungkapkan dalam bahasa Ibrani sehari-hari dalam bentuk puisi, peribahasa, dan bahkan kisah cinta. Nabi Sulaiman pakar dalam bahasa. Di masa tua beliau, Nabi Sulaiman menyadari apapun yang seronok rasanya jika tanpa rasa takut akan Allah sungguh menjadi hampa rasanya.

Kesimpulan Nabi Sulaiman diungkapkan beliau dalam Bahasa Ibrani yang sederhana dan langsung termaktub di Suhuf al-Jaami’ati [Pengkhotbah] 12:14

/ki ‘et kol ma’aseh ‘elohim yavi mishpat ‘al kol ne’lem ‘im tov ‘im ra’/

yang bermaksud,

Allah akan mengadili semua perbuatan kita, yang baik, yang jahat, mahupun yang tersembunyi.

Sifat puisi daripada suhuf Nabi Sulaiman di …

Nasyiidil ‘Ansyaadi

[Kidung Agung]

… adalah penuh dengan ungkapan-ungkapan percintaan manusia yang merangsang yang membangkitkan keghairahan seks yang menurut ahli tasawuf adalah pesan ilahi dalam bahasa ungkapan duniawi.

Menurut Nabi Sulaiman, Yang Maha Luhur itu amat cantik dan mempesona.

/’ani dod ‘al teshuqat/

yang bermaksud,

Kata perempuan cantik itu, “Aku kepunyaan kekasihku, dia menginginkan aku.”

Termaktub dalam Hadis sahih yang diriwayatkan Muslim …

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله جميل

yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah itu cantic.”

Kaligrafi hadis ini terpampang dengan indah di Muzium Kesenian Islam Malaysia Kuala Lumpur.

Bahasa Yunani adalah bahasa kaum tidak berkhatan, namun merupakan bahasa lingua franca atau bahasa antar bangsa yang amat mustahak, kerana Yunani merupakan negeri para ahli falsafah. Ciri puisi yang baik dalam kasusastraan Yunani adalah dianya tidak berlagak puisi.

Bulus al-Hawari menjelaskan sifat luhur dalam alam pikir Bahasa Yunani, iaitu, bukan dengan sekedar berlagak luhur. Dalam Bahasa Yunani, beliau menyatakan:

Yang bermaksud:

Kalaupun aku dapat bertutur dalam semua lidah manusia, malah bahasa malaikat juga, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku tak ubah seperti gong tembaga atau genta yang berbunyi. 2 Kalaupun aku diberi kurnia untuk bernubuat, dan mengetahui semua rahsia serta ilmu, malah memiliki kekuatan iman yang dapat mengalih gunung-ganang, tetapi tidak mempunyai kasih, maka aku langsung tidak bererti.

Kemudian Bulus al-Hawari terus menekankan fadhilah daripada,

/agape/

… makna …

kasih tanpa syarat, tanpa pandang bulu, murah hati tanpa syarat, tanpa pandang bulu, mencontoh sunnatullah kasihnya Allah atau pemurahnya Allah kepada manusia tanpa syarat, tanpa pandang bulu.

Itulah yang amat besar fadhilahnya. Itu pasti mempesonakan.

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Kurintusa Awal 13:1-3.)

Dibandingkan dengan memiliki iman sebesar gunung dan memiliki harapan sebesar gunung, /agape/ atau kasih tanpa syarat, tanpa pandang bulu, apabila dengan ikhlas diamalkan, sungguh lebih besar fadhilahnya.

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Kurintusa Awal 13:13.)

Pemandangan Danau al-Jalil.

Munajat:

Berilah syair di mulut ku dan pujian untuk Mu, ya Allah, di dada ku ketika Engkau memberi melodi di dalam hati hamba agar hamba dapat melantunkan nasyid daripada Mu, ya Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago