Categories: Article

Yā Jāmi’

اَلْجَامِع

Maha Penghimpun

Di masyarakat yang berbahasa Arab, di mana sahaja perkumpulan atau himpunan apapun itu, universitas kah, kuliah sosiologi kah, hobi mengumpulkan perangko kah, golongan-golongan, kelompok-kelompok kecil atau besar semua himpunan memakai kata dasar yang sama jāmi’, majmū’, jama’ah.

Dalam Bahasa Arab, hari orang-orang Arab berkumpul di masjid disebut yaum aljuma’ hari Jumaat untuk mendirikan solat Jumaat di masjid jāmi’. Nama Allah pun juga jāmi’ (Maha Penghimpun).

Kata jāmi’ tidak ada di dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil Bahasa Bani Isra’il Ibrani/Suryani, namun di dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil sering dikisahkan berhimpunnya puak-puak dzuriyati Isra’il atau puak-puak keturunan Nabi Ya’qub. Kitab Taurat, Zabur, Injil sering mengkisahkan berhimpunnya keturunan-keturunan Nabi Ya’qub baik untuk berperang demi membela iman tauhid kepada Allah atau sekedar perhimpunan-perhimpuan masyarakat keturunan-keturunan Nabi Ya’qub yang oleh Allah digelari Isra’il. Keturunan Nabi Ya’qub disebut Bani Isra’il.

Termaktub di Kitabullah Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 34:20 dan 49:2

/ne’esfu/

dan,

/hiqqvetz/.

Perhimpunan keturunan-keturunan Nabi Ya’qub ini termaktub di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah [2]:130-133 …

130 Tidak ada orang yang membenci ugama atau himpunan Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

131 (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!” Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

132 Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama atau himpunan itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.”

133 (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub!) Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).”

Termaktub di Quran Surah Maryam [19]:58, perhimpunan keturunan-keturunan Nabi Ya’qub atau żurriyyati Isra’il atau Bani Isra’il adalah orang-orang yang diberi hidayah oleh Allah. Hampir 25 nabi adalah keturunan-keturunan Nabi Ya’qub.

Orang-orang tamadun keturunan-keturunan Nabi Ya’qub itu memiliki kebiasaan tivtzor karem mengumpulkan atau menghimpun buah-buah anggur mereka. (Termaktub di Kitabullah Taurat Surah At-Tasyniyati [Ulangan] 24:21.)

Mereka juga memiliki kebiasaan ye’esof iaitu mengumpulkan atau menghimpun alat-alat untuk ibadah di Bait Allah agar selesa pemakaiannya (termaktub di Kitabullah Taurat Surah Akhbarilayyamil Tsaniyah [2 Tawarikh] 28:24) dan kebiasaan kenos mengumpulkan batu-batu untuk membina Bait Allah dan rumah-rumah (termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Al-Jāmi’ati [Pengkhotbah] 3:3).

Pada zaman dahulu para nabi Bani Isra’il sudah memperingatkan Bani Isra’il bahawa Bani Isra’il akan hijrah keluar dari tanah wakaf yang dijanjikan Allah kepada mereka. Keturunan-keturunan Isra’il keluar kemana mana tempat di dunia ini. Para nabi Bani Isra’il mempersiapkan Bani Isra’il untuk hijrah keluar dari tanah wakaf yang dijanjikan Allah.

Namun para nabi Bani Isra’il juga menyatakan bahawa Bani Isra’il yang hijrah keluar ke goyim, iaitu ke ke bangsa-bangsa dan suku-suku di mana-mana tempat di bumi ini, Bani Isra’il hijrah itu kelak akan berhimpun kembali ke tanah wakaf yang diberikan Allah kepada mereka.

Sebelum Bani Isra’il dijajah bangsa goyim tak berkhatan Babil yang kafir, Nabiullah Mikha sudah meramalkan nasib Bani Isra’il penjunjung iman tauhid itu dijajah oleh bangsa goyim kafir tak berkhatan itu. Banyak Bani Isra’il hijrah keluar dari tanah wakaf dari Allah itu. Nabiullah Mikha juga sudah meramalkan bahawa ketika Bani Isra’il penjunjung iman tauhid itu kembali, Bani Isra’il itu akan dijajah oleh bangsa goyim tidak berkhatan Persia.

Ketika itu bangsa Persia adalah bangsa yang tidak berkhatan. Namun walaupun begitu, Nabiullah Mikha menyatakan bahawa Tuhan Allah sudah berjanji akan menghimpun orang-orang keturunan Isra’il penjaga iman tauhid yang hijrah itu untuk kembali ke kampung halaman mereka.

‘asof ‘e’esof ya’aqov kul qabbetz aqabbetz she’erit yisra’el yachad ‘asimennu k’tzo’n btokh hadovr tehimena me’adam

yang bermaksud,

Tetapi Aku akan mengumpulkan kamu semua, hai umat-Ku Isra’il yang masih hidup. Aku akan mengumpulkan kamu bagaikan domba-domba yang pulang ke kandang. Umpama padang rumput yang penuh dengan domba, sekali lagi negeri kamu akan penuh dengan orang.”

(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Mikha 2:12.)

Bani Isra’il dizalimi oleh bangsa-bangsa goyim tak berkhatan, iaitu bangsa-bangsa yang mengkafiri Tuhan Allah. Nabiullah Irmiya pada zaman dahulu menyaksikan dengan mata kepala berhijrahnya orang-orang Bani Isra’il keluar dari tanah suci Al-Quds Yerusalim menuju ke mana-mana tempat di bumi ini. Nabiullah Irmiya melipur orang-orang Bani Isra’il Hijrah yang bersedih atau ebionit itu.

Nabiullah Irmiya berkata melipur orang-orang Bani Isra’il yang ebionit yang papa kedana, papa kerma, papa kelana yang sengsara dan amat miskin kerana hijrah mereka itu. Nabiullah Irmiya melipur mereka:

wa’ani ‘aqabbetz ‘et she’erit tzo’n mikol ha’arztzot asher hiddachti ‘ot sham wa hashivoti ‘etehen ‘al newehen ufaru wravu

Aku akan mengumpulkan umat-Ku yang lain dari negeri-negeri tempat Aku mencerai-beraikan mereka. Aku akan membawa mereka kembali ke tanah air mereka. Mereka akan mempunyai banyak keturunan dan mereka akan bertambah banyak.

(Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Irmiya 23:3.)

Dan akhirnya di pertengahan tahun 500-an, para ebionit yang papa keturunan-keturunan Nabi Ya’qub atau,

/żurriyyati Isra’il/

itu kembali ke kampung halaman mereka, Nabi Ezra bersyukur kepada AL-ADL dan AL-MUQSIṬ sebab ALLAH MAHA PENGHIMPUN. (Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Ezra 9:15.)

/knesset/

adalah kata dalam Bahasa Suryani yang dipakai di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Daniyal Bahasa Suryani 2:2, 27 yang ertinya adalah,

“perhimpunan orang-orang pandai penasihat Raja untuk pemujaan Dewa-Dewi.”

Sampai sekarang di Timur Tengah, ada dua lembaga formal yang terkenal di Timur Tengah masih memakai kata,

/knesset/.

Yang pertama adalah lembaga legislative Republik Israel moden adalah,

/knesset/.

Yang kedua, gereja Kristian di masyarakat Arab adalah Kanisah. Secara umum, Knesset dan Kanisah kedua-duanya bererti “perhimpunan.”

Sayidina Isa hidup di masyarakat yang berbahasa Suryani. Jadi kemungkinan besar, beliau dulu pasti pergi ke suatu tempat perhimpunan yang bernama Kanisah. Karena Kanisah dalam Bahasa Suryani bererti ‘perhimpunan orang ramai berbahasa Suryani untuk melaksanakan ibadah kepada Allah.’ Beliau pun pasti pergi ke sinagog yang dalam Bahasa Suryani juga disebut Kanisah.

Pada zaman dahulu Sayidina Isa sering diminta untuk berkhotbah di sinagog Yahudi atau Bani Isra’il. Pernah Sayidina Isa diminta berkhotbah di sinagog Yahudi. Sayidina Isa mengutip sabda ilahi di …

liqero’ shenat ratzon la adonai elohim yom

yang bermaksud,

mengisytiharkan tibanya masa yang Tuhan Allah reda.

Sayidina Isa adalah bukti Tuhan Allah reda.

Sebelum menjadi seorang hawariyun, Bulus Abdulmasih amat menentang dan mengkafiri sunah Sayidina Isa dengan cara memerintahkan pembunuhan terhadap para hawariyun pengikut Siratal Mustaqim Jalan Lurus Ilahi yang dijalani Sayidina Isa. Ketika itu Sayidina Isa sudah diangkat ke langit.

Sampai ke kota Damaskus, Bulus mengejar-ngejar pengikut Jalan Lurus itu. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Al-Hawariyun [Kisah Para Rasul] 9:2.)

Bulus mendatangi sinagog-sinagog masyarakat Bani Isra’il tempat para hawariyun pengikut setia Jalan Lurus yang dijalani Sayidina Isa itu untuk menghentikan sunah Nabi Isa ini dengan cara membunuh orang-orang yang menjalaninya.

Namun setelah bertemu dengan Sayidina Isa yang sudah diangkat, Bulus menjadi berubah dan malah menjadi haqul yaqin pada sunah-sunah Nabi Isa. Dan Bulus juga sering pergi ke sinagog-sinagog masyarakat Yahudi untuk meyakinkan orang-orang Yahudi untuk menerima Sayidina Isa yang adalah Kuasa Ilahi yang diibaratkan sebagai Bin Ilahi Putera Allah. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Al-Hawariyun [Kisah Para Rasul] 9:20.)

Dari seorang pembenci dan penentang Sayidina Isa, Bulus malah menjadi hawariyun pengikut setia Sayidina Isa. Masya’ Allah! Bulus menjadi setia membela marwah Sayidina Isa. Bulus terus menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah, “Kepala daripada orang-orang yang dihimpun oleh Yang Ilahi.”

Dalam Bahasa Yunani, himpunan yang disebabkan oleh Allah itu adalah,

/ekklesia/

himpunan untuk keluar menjadi saksi Sayidina Isa’ yang daripada Kuasa Allah.

Bulus Abdulmasih menulis kepada kaum tidak berkhatan Efesus bahawa, oleh Allah, Sayidina Isa dianugerahi,

“nama yang di atas segala nama” dan “ditetapkan menjadi kepala semua hal ehwal himpunan atau Jemaah.”

(Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 1:21-22.)

Munajad:

Wahai Yang Maha Baik. Selama ini Engkau begitu baik menghimpun segala macam orang, bangsa dan kaum menuju ke dalam Himpunan Jannah Kerajaan-Mu.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago