القابض
Yang Maha Menyempitkan.
AL-QĀBIḌ (Yang Maha Menyempitkan) | AL-BĀSIṬ (Yang Maha Melapangkan) |
AL-KHAFIḌ (Yang Maha Merendahkan) | AR-RĀFI’ (Yang Maha Mengangkat) |
AL-MU’IZ (Yang Maha Memuliakan) | AL-MUDZIL (Yang Maha Menghinakan) |
Kalau kita melihat ke 6 asma Allah di atas, kita pasti akan bertanya-tanya mengapa saling bercanggah.
Kalau kita membaca Kitab Taurat, Zabur dan Injil, kita pasti juga akan bertanya-tanya mengapa sifat-sifat Allah di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil saling bercanggah.
Ketika Pa’ul al-Hawariyun menulis surat untuk memberi nasihat kepada orang-orang dari kaum yang tidak berkhatan di Roma Italia Eropa yang takzim kepada Sayidina Isa, Pa’ul al-Hawariyun pasti merasa pelik merenungkan apa dibenarkan orang-orang dari kaum tidak berkhatan atau orang-orang dari kaum kafir menjadi takzim kepada Sayidina Isa yang berasal dari kaum berkhatan.
Apakah Allah memberi keselamatan dan ketenangan hanya kepada orang-orang dari kaum berkhatan yang berkiblat kepada Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem sahaja, sedangkan orang-orang bekhatan tidak? Pasti, Pa’ul al-Hawariyun merasa pelik memikirkan perkara ini. Walau kalau dipikir-pikir, kepelikan ini boleh menjadi berlarut-larut kerana perkara yang pelik ini menyangkut takdir Allah dan ketetapan Allah, syariah Allah, dan ni’matullah, namun Pa’ul al-Hawariyun langsung menyatakan dalam suratnya yang termaktub di Kitabullah Injil Surah Ar-Ruum (Rom) 11:22 …
فَهُوَذَا لُطْفُ ٱللهِ وَصَرَامَتُهُ: أَمَّا ٱلصَّرَامَةُ فَعَلَى ٱلَّذِينَ سَقَطُوا، وَأَمَّا ٱللُّطْفُ فَلَكَ
/fahuwadzā luṭfullahi waṣarāmatuhu. ‘Ammaṣṣaramatuhu fa’alallaẓīna saqaṭū, wa ‘ammaluṭfu falaka/
yang bermaksud,
Oleh itu, fikirkanlah belas ihsan dan juga kekerasan-Nya; kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu.
Kelihatan jelas di situ, Pa’ul al-Hawariyun menerima perbezaan yang ada antara peradaban kaum berkhatan dan peradaban kaum yang tidak berkhatan dan tidak berniyat menyeragamkan dua kutub atau paksi tersebut. Pa’ul al-Hawariyun juga tidak menjelaskan dengan rinci belas ihsan dari Allah itu ada hadnya atau tidak. Pa’ul al-Hawariyun juga tidak menjelaskan dengan rinci sifat keras yang penuh azab yang ditunjukkan Allah itu bersifat abadi atau tidak.
Dari situ, bukankah dapat disimpulkan bahawa wahyu Allah melalui Kitab Injil menyatakan bahawa Allah dapat bersifat keras, namun sekaligus juga penuh belas ihsan. Jadi tidaklah hairan mengapa asma-asma Allah di atas, terkesan saling bercanggah. Sebenarnya bukan bercanggah, tapi itulah Allah, yang mampu sekaligus menunjukkan sifat-sifat-Nya secara serentak. Manusia tidak akan mampu menunjukkan seluruh sifatnya sekaligus secara serentak. Sedangkan, Allah mampu menyebabkan sifat-sifat-Nya itu berjalan serentak. Allah mampu menyerentakkan seluruh sifat-sifat-Nya, 99 sifat-sifat Allah secara serentak ataukah 1,000 sifat-sifat Allah secara serentak. Allah mampu! Allah mampu dan punya kuasa menyerentakkan seluruh sifat-sifat-Nya dalam satu waktu yang sama dan pada satu tempat yang sama. Itulah kekuasaan Allah.
Al-Qābiḍ, Yang Maha Menyempitkan, adalah bukti bahawa Allah adalah kekuatan yang maha dahsyat di alam semesta ini yang menyempitkan dan mengikat rapat rapat sampai tidak dapat bergerak sedikitpun. Qabit dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah qafed. Kata qafed dipakai dalam Kitabul Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 38:12 di mana Raja Kerajaan Bani Isra’il yang bernama Hizaqiyya sedang merasa ajalnya sudah sangat dekat. Dalam keadaan sakaratul maut, beliau menyatakan dan dicatat di Kitabul Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 38:12, yang bermaksud,
Nyawaku putus, nafas terakhir kuhembus, seperti khemah gembala digulung, seperti kain dipotong dari alat penenun.
Namun akhirnya, Allah masih memberi beliau kesembuhan dan kesempatan untuk hidup. Pada mulanya beliau terkesan membuat wasiyat terakhir sebelum meninggal dunia, namun ternyata akhirnya justeru menjadi puisi ungkapan syukur yang amat dalam kepada Allah atas kemurahan Allah.
Nabi Ibrahim juga pernah mengalami situasi yang sangat gawat seperti itu, ketika beliau mengikat putera kesayangannya untuk disembelih dikorbankan mentaati perintah dari Allah, walau perintah yang amat keras.
Termaktub di Kitab At-Takwin (Kejadian) Bab 22.
Bapa dan puteranya itu berjalan bersama menuju ke tempat penyembelihan. Setelah tiba di tempat penyembelihan, Bapanya mengikat puteranya yang sudah rela dan ikhlas untuk disembelih untuk diqurbankan.
Kitab At-Takwin, Surah Kejadian 22:9.
Namun, tiba-tiba, apa yang sudah menjadi niat Ibrahim dan puteranya untuk mengamalkan perintah Allah untuk menyembelih manusia untuk dijadikan qurban itu, dihentikan oleh Tuhan Allah. Dan seketika itu juga, Bapa dan puteranya itu dinyatakan lulus ujian. Justeru ketika Bapa dan puteranya itu taat mengamalkan perintah yang amat keras dari Tuhan Allah, mereka mengalami belas ihsan Tuhan Allah. Justeru ketika mengamalkan perintah keras itulah, mereka mengalami belas ihsan Tuhan Allah.
Ketika Pa’ul al-Hawariyun dikurung di dalam penjara dan dibelenggu kerana takzim kepada Sayidina Isa, Pa’ul al-Hawariyun menasihati Timutawus, seorang pemuda yang menjadi jongosnya Sayidina Isa. Inilah nasihatnya yang sungguh melegakan hati itu.
Ingatlah bahawa Isa al-Masih, keturunan Daud, telah dibangkitkan hidup kembali daripada kematian, itulah Kabar Baik yang melegakan yang kusampaikan, yang kerananya aku menderita seolah-olah aku seorang penjahat, sehingga dipenjarakan. Tetapi Kalimat Allah tidak mungkin dipenjarakan. Oleh itu aku terima segalanya untuk mereka yang terpilih.
Termaktub Kitab Injil Surah 2 Timutawus 2:8-10.
Apa yang dinyatakan oleh Pa’ul al-Hawariyun itu di kemudian hari kelak dinyatakan benar dan sah oleh Al-Qur’an di …
Munajat:
Sempitkanlah segala rencana ku yang tidak murni dan penuh nafsu binatang ini, agar hanya kehendak-Mu yang penuh ni’mat lah yang secara leluasa terlaksana dan ikatlah hamba rapat-rapat sampai tidak dapat bergerak pada kekuasaan-Mu yang agung dan penuh kemurahan itu.
Allah kuasa. Allah mampu. Allah Maha Kuasa dan Maha Adil.
Almasih Isa amat bergantung pada kuasa, ni’mat dan adilnya Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…