Categories: Article

Yā Wārits

Yang Maha Pewaris.

Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil, Quran semuanya menyatakan bahawa Allah adalah Maha Pewaris.

Semuanya menggunakan kata yang sama iaitu,

yoris

dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani atau,

warīṡ

dalam Bahasa Arab.

Penerima warisan dari Tuhan Allah adalah makhluk Allah. Kitab-Kitab Allah tersebut menyatakan,

yirshu ‘aretz

bumi adalah warisan dari Allah. Termaktub di …

Kitab Injil menyatakan bahawa orang orang yang rendah hati akan mendapat warisan dari Allah. Kitab Qur’an dan juga Sayidina Isa menyatakan bahawa Tuhan Allah yang mewariskan bumi dan semua orang yang ada di atasnya dan hanya kepada Allah lah mereka akan dikembalikan. (QS Maryam [19]:40.)

Tanah warisan sering kali menjadi masalah bagi manusia karena, pada waktu pengambil alihan tanah, orang-orang yang sebelumnya tinggal di tanah warisan itu tidak mahu meninggalkan tanah tersebut. Ketika orang-orang keturunan Nabi Ya’qub masuk tanah warisan yang dari Tuhan Allah itu, mereka mendapati orang-orang Kan’an yang terlanjur tinggal di tanah itu tidak mahu keluar dari tanah itu. Kitab Taurat, Zabur dan Injil menyebutkan bahawa tidak semua orang yang terlanjur tinggal di tanah warisan itu mahu keluar. Orang-orang Kana’an yang tidak berkhatan menolak keluar dari tanah, padahal yang menjadi hak warisnya adalah Bani Isra’il. Pada zaman dahulu itu, bangsan Kana’an bukanlah bangsa yang berkhatan. Orang-orang dari bangsa tidak berkhatan itu tetap tinggal di tanah yang menjadi hak warisnya orang-orang berkhatan iaitu keturunan-keturunan Nabi Ya’qub atau Bani Isra’il.

Orang-orang berkhatan Bani Isra’il memakai orang-orang tidak berkhatan itu sebagai budak atau jongos bagi Bani Isra’il (Kitab Taurat Surah Yasyua 16:10). Orang orang dari Bangsa Yebusi yang tidak berkhatan tetap tinggal di Tanah Suci Al-Quds Yerusalem. Tuhan Allah memerintah Nabi Daud untuk membina Bait Allah di tanah warisan tersebut. Kerana tanah warisan dari Allah itu sudah terlanjur digunakan sebagai tempat pengirikan gandum oleh orang-orang bangsa tidak berkhatan, maka Nabi Daud harus membeli tanah tersebut dari orang-orang tidak berkhatan itu. (Kitab Al-Anbiya’ Surah 1 Tawarikh 21:18-30.)

Pada zaman dahulu kala, suku-suku tidak berkhatan di wilayah Jordan Timur jelas bukanlah bangsa berkhatan Bani Isra’il. Mereka adalah suku-suku tidak berkhatan macam …

Itulah keadaan pada zaman dahulu kala yang diceritakan di Kitab Taurat, Zabur, dan Injil.

Orang-orang dari bangsa tidak berkhatan itu masuk ke Tanah yang menjadi hak waris bangsa berkhatan iaitu Bani Isra’il. Orang-orang tidak berkhatan itu menjadi semakin kuat tamadun peradabannya terbukti adanya dewa-dewi yang mereka sembah di tanah bangsa berkhatan iaitu Bani Isra’il dan Yahuda. (Kitab Al-Anbiya’ Irmiya 1:16 dan 2 Tawarikh 28:25.)

Banyak orang-orang dari suku-suku tidak berkhatan itu masuk ke dalam masyarakat berkhatan Bani Isra’il contohnya orang tidak berkhatan yang bernama Uriyah dari suku Hitite. (Kitab Al-Anbiya’ 2 Shamu’il 11:3 dst.)

Bahkan nenek daripada Nabi Daud pun bukanlah Bani Isra’il melainkan orang dari bangsa tidak berkhatan Moab yang bersuamikan seorang Bani Isra’il dan sudah meyakini ketauhidan orang-orang berkhatan Bani Isra’il. (Kitab Al-Anbiya’ Ruth 1:15 dst.)

Bayangkan Nabi Daud yang adalah raja Bani Isra’il bukanlah seratus peratus Bani Isra’il. Setelah Bangsa Berkhatan Bani Isra’il dihancurkan oleh Bangsa Tidak Berkhatan, orang-orang Bani Isra’il hijrah dan mengungsi keluar dari Tanah Hak Waris mereka dari Allah. Nabi Bani Isra’il yang bernama Irmiya meratapi keadaan terdzaliminya Bangsa Berkhatan Bani Isra’il. Beliau menyatakan hak waris kami sebagai kaum berkhatan telah dirampas oleh orang orang kaum tidak berkhatan dan rumah rumah kaum berkhatan dimiliki oleh orang orang kaum tidak berkhatan. (Kitab Al-Anbiya’ Surah Ratapan 5:2.)

Orang-orang tidak berkhatan yang masuk ke masyarakat berkhatan Bani Isra’il itu seringkali disebut sebagai orang-orang yang penuh derita dan kemiskinan di Tanah hak waris Bani Isra’il itu. Mereka hidup sebagai jongos dan budak, buruh tani, pengais makanan yang dibuang oleh orang orang berkhatan Bani Isra’il. Orang-orang Samariya adalah orang hasil dari kawin campur antara orang orang tidak berkhatan dengan orang orang dari bangsa berkhatan. Mereka adalah hasil kawin campur antara orang dari bangsa tidak berkhatan dengan orang dari bangsa tidak berkhatan. Mereka campuran Bani Isra’il dan Bukan Bani Isra’il. Mereka hasil kawin campur antara orang mu’min dan orang kafir. Oleh orang-orang berkhatan Bani Isra’il, orang-orang Samariya dianggap sebagai orang-orang sesat yang telah merusak akidah tauhid. (Kitab Injil Surah Yahya 4:4 dst.)

Kitab Zabur memberi nasihat bagi orang-orang yang terhina dan penuh derita dan miskin tersebut untuk,

“percaya kepada Allah, dan melakukan kebaikan, tinggal di tanah ini dan berpeganglah kepada kesetiaan-Nya dan carilah kebahagiaan daripada Allah.”

(Kitab Zabur 37:3-4.)

Kitab Zabur memberi nasihat bagi orang-orang yang diusir keluar dari tanah ini untuk terus bersabar tanpa batas dan memberi janji kepada mereka,

“Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi ini dan akan bersukacita dengan kesejahteraan yang melimpah limpah.”

(Kitab Zabur 37:11.)

Dalam Kitab Injil Surah Luqa, Sayidina Nabi Isa membela orang-orang yang terhina dan penuh derita dan miskin di tanah itu. Kata Nabi Isa,

yang bermaksud,

“Diberkatilah kamu yang miskin, kerana kamulah yang empunya kerajaan Allah”.

Itulah yang dimaksud Sayidina Isa ketika beliau berkata di Kitab Injil Surah Matta 5:5,

yang bermaksud,

“Diberkatilah mereka yang lemah lembut, kerana merekalah yang akan mewarisi bumi ini”.

Namun Sayidina Isa bermaksud lebih dalam lagi mengenai warisan yang diterima sesungguhnya bukanlah sekedar bumi dan harta dunia. Sayidina Isa berkata bahawa orang-orang yang diberkati Allah itu menerima warisan berupa

“kerajaan yang telah disediakan bagi mereka sejak dunia dicipta!”

(Kitab Allah Injil Surah Matta 25:34.)

Kitab Injil menyatakan bahawa warisan yang diterima juga bersifat rohani bukan hanya bersifat harta duniawi dan lahiriah. Warisan rohani itu adalah …

  • mereka menerima Roh Allah (Kitab Injil Surah Efesus 1:13-14),
  • dan mereka menjadi pewaris segala-galanya (Kitab Injil Surah Ibrani 1:2),
  • dan mereka menerima iman (Kitab Injil Surah Ibrani 11:8),
  • dan mereka menerima warisan yang tidak mungkin reput, tidak mungkin tercemar dan tidak mungkin lenyap, yang tersimpan di syurga (Kitab Injil Surah 1 Petrus 1:4).

Munajad:

Mengapa kau menjadi bernafsu perihal dunia dan harta padahal Allah telah menyediakan warisan yang besar di dalam Almasih Isa?

Disebutkan dalam Hadis sahih Bukhari, pada waktu Almasih Isa turun, harta berlimpah ruah sampai sampai diberi harta pun, orang tak nak. Yang dimahui orang adalah bersujud kepada Allah walau satu saat sahaja terasa ni’mat. Itulah warisan yang amat besar didalam Almasih Isa.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago