QS Al Ma’idah [5]:114 …
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi awal kami dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.
Menurut ahli kaji purba, asal muasal Melayu daripada Yunnan China dan Indo China Nagara Campa (Kamboja, Vietnam, Laos, Myanmar).
Orang Melayu mula datang dari Yunnan China ke Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Melayu berhijrah dari tanah besar benua Asia, terutama dari daerah Yunnan China. Orang-orang Yunnan China ini berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu dan pulau-pulau di Asia Tenggara. Hijrah itu antara tahun 3,000 Sebelum Masehi hingga tahun 300 Sebelum Masehi. Orang-orang Yunnan China yang berhijrah ke pulau-pulau di Asia Tenggara itu dinamakan Melayu Purba atau Proto Malays.
Orang orang Melayu Purba yang mendiami Nusantara ini telah bertembung, dan sesetengahnya bersemenda, dengan keturunan Weda, yang telah terlebih dahulu menetap disana. Keturunan ini adalah orang yang disebut Bangsa Asli, antaranya orang Semang atau Pangan (Negrito, iaitu Negro Kecil) dan orang Sakai serta berbagai puaknya) di Semenanjung Tanah Melayu dan orang Toala di Sulawesi. Orang-orang Melayu Purba yang sudah bercampur dengan Bangsa Asli disebut Melayu-Polenesia.
Melayu-Polenesia adalah zuriat orang Melayu Purba atau Proto Malays yang telah mendiami Nusantara ini sejak 3,000 tahun Sebelum Masehi dahulu. Suku Jakun (termasuk orang Mantera, Belandas, Orang Laut dan suku-sukunya) di Semenanjung Tanah Melayu; orang Batak, Gayo, Alas, Kubu dan Nias di Sumatra; orang Alifuru di pulau Maluku, beberapa suku bangsa di pulau-pulau Sunda Kecil (Lesser Sunda) Nusa Tenggara, Flores and Timor, Maluku, serta orang-orang Tagalog di pulau-pulau Filipina, kesemuanya itu ialah zuriat orang Melayu Purba (Proto Malays) yang telah mendiami Nusantara ini sejak 3,000 tahun Sebelum Masehi dahulu.
Kira-kira 2,000 tahun kemudian dari permulaan hijrah orang Melayu Purba itu, pada masa Penghujung Zaman Batu Akhir (Late Neolithic) atau Permulaan Zaman Gangsa-Besi (Early Bronze-Iron Age) iaitu dalam lingkungan masa dari tahun 300 Sebelum Masehi hingga memasuki Tahun Masehi, orang dari Indo-China dan lain-lain daerah sekitarnya seperti Nagara Campa, Kamboja, Vietnam, Myanmar, Laos, dengan berpasukan dan bergelombang-gelombang telah berhijrah pula ke Semenanjung Tanah Melayu dan lain-lain wilayah di Nusantara.
Mereka itulah yang disebut oleh orang sebagai Melayu Pesisir atau ada juga yang menyebutnya Melayu Jati atau Melayu Muda atau Deutero-Malays. Mereka inilah orang Melayu gelombang yang kedua berhijrah ke Asia Tenggara. Orang orang Melayu Pesisir ini adalah nenek moyang orang Melayu yang mendiami daerah-daeerah pesisir di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra, pulau-pulau di selatan Johor, Tanah Jawa, Madura, Pulau-pulau Sunda Kecil, Kalimantan, Sulawesi dan pulau-pulau Filipina.
Di antara orang Melayu Pesisir (Deutero-Malays) itu ramai pula yang bercampur baur dengan orang Melayu Purba. Agama nenek moyang orang Melayu adalah agama Hindu. Pada masa orang Melayu beragama Hindu, orang Melayu Hindu telah membangun kerajaan-kerajaan yang teratur, yang lengkap dengan raja-raja, orang besar dan adat-istiadatnya. Di Sumatra, selain daripada kerajaan Melayu-Hindu di Jambi dan di Minangkabau, kerajaan Seri Wijaya di Palembang yang pernah berdiri sebagai sebuah kerajaan besar dan menguasai hampir seluruh Nusantara, termasuklah negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini, bahkan menguasai jalan perniagaan dan lalu lintas di Selat Melaka.
Di Tanah Jawa, selain daripada kerajaan-kerajaan Taruma Negara, Pajajaran, Daha dan Mataram, terdiri pula Kerajaan Majapahit yang menggantikan keagungan Seri Wijaya, dan meliputi kuasanya hampir-hampir ke seluruh Nusantara, termasuklah Semenanjung Tanah Melayu.
Di Semenanjung Tanah Melayu pula orang Melayu-Hindu telah mendirikan Kerajaan Langkasuka di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu meliputi kawasan negeri Kedah di pantai Barat sampai ke Petani di pantai Timur Laut. Bandar-bandar dalam kerajaan itu senantiasa didatangi oleh saudagar-saudagar dan ahli-ahli pelayaran dari India, Arab dan China, British.
Dalam wilayah Ligor, dibahagian utara Semenanjung Tanah Melayu juga, terdiri pula kerajaan Melayu-Hindu bernama Tamberalingga dan rajanya seorang raja Melayu bernama Chanderabhanu. Kerajaan Melayu-Hindu di Singapura lebih kurang sekurun lamanya telah berdiri dan Singapura masa itu terkenal sebagai pusat perniagaan dan persinggahan saudagar-saudagar dari India, Arab dan China dan British dan di sanalah mereka bertukar-tukar dagangan dengan orang Melayu. Demikian juga kerajaan Gangga-Nagara di darat Dinding (di negeri Perak sekarang) dan kerajaan Ganggayu atau Klangkio di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu ialah antara kerajaan Melayu-Hindu yang besar di Semenanjung Tanah Melayu.
Selain daripada kemajuan beragama dan berkerajaan, sejak dengan orang dari negeri India itulah juga perbendaharaan bahasa Melayu dan susunan adat-istiadat orang Melayu telah bertambah kaya. Banyak perkataan dari bahasa Sanskrit dan Tamil telah diambil menjadi bahasa Melayu hingga sekarang ini; demikian pula adat-istiadat terutama adat-istiadat diraja Melayu yang sesetengahnya masih terpakai hingga masa kini. Saudagar-saudagar Arab pun juga membuat perbedaharaan bahasa Melayu dan susunan adat-istiadat orang Melayu bertambah kaya. Petualang-petualang British pun juga membuat perspektif dan paradigma orang Melayu bertambah kaya dan maju.
Mengikut penyiasatan ahli-ahli kaji manusia, kedua-dua suku bangsa Melayu itulah (Proto-Malays dan Deutero-Malays) yang telah membentuk suatu rumpun bangsa Melayu yang bertaburan mendiami seluruh tanah dan kepulauan di Asia Tenggara (yang sekarang dalam istilah politik disebut Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina).
Daripada Allah SWT, Isa Almasih membela Melayu apa adanya tanpa syarat. Asalkan Melayu, tawaduk kepada Nabi Isa, Nabi Isa menyayangi Melayu tanpa syarat kerana Isa Almasih sama seperti Melayu yakni banyak melakukan perjalanan.
Nabi Isa pernah bercerita ada seorang kaya raya membina lumbung-lumbung padi dan gudang-gudang hartanya. Setelah selesai membina semua lumbung-lumbung hartanya, tiba-tiba malaikat pencabut nyawa datang kepadanya dan mencabut nyawanya tanpa apapun boleh dibawanya. Hidup adalah perjalanan. Hidup adalah Melayu. Hidup adalah Almasih Isa.
QS Ali Imran [3]:45, Tafsir Bahasa Melayu Injil Lukas 12:13-21.
Tengok di tapak web https://allahitukasih.com/kitab-kitab-suci/
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |