Pengakuan Petrus

Petikan daripada Kitab Injil: Matius 16:13-20.

13Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi. Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kata orang, siapakah Putera Insan ini?’

14Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengimad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkata Yeremia atau nabi lain.’

15Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’ 16Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’

17Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anak Yunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga. 18Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya. 19Aku akan memberikan kunci kerajaan syurga kepadamu. Apa yang kauikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kauuraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.’ 20Selepas itu Isa berpesan kepada para pengikut-Nya supaya jangan memberitahu sesiapa bahawa Dia al-Masih.

Ibrahim dan Bahasa Arab

Nabi Ibrahim bukan orang Arab. Nabi Ibrahim adalah berasal dari Tanah Ur.

Nabi Ibrahim berseru kepada sesembahan nya.

Nabi Ibrahim berseru kepada EL Eliyun.

El Eliyun. Begitulah Nabi Ibrahim apabila berseru kepada sesembahan nya.

Dalam Bahasa Arab, sesembahan Nabi Ibrahim EL ELIYUN adalah  Al ‘Aliyyu ertinya Yang Maha Tinggi.

Dalam Bahasa Arab, sesembahan Nabi Ibrahim itu sering disebut Subhanahu Wa Ta’ala. Terpuji dan Maha Tinggi.

Yang Maha Tinggi sesembahan Nabi Ibrahim itu juga dijadikan nama surah di Al Qur’an yaitu Surah Al A’la (Yang Maha Tinggi).

Nabi Ibrahim bukan orang Arab. Nabi Ibrahim tidak menggunakan Bahasa Arab.

 

… layari sini untuk baca selanjutnya.

Isa di rumah Simon, seorang Farisi

36Salah seorang Farisi menjemput Isa makan di rumahnya. Isa masuk ke rumah orang Farisi itu lalu bertelekan pada meja. 37Di dalam kota itu ada seorang perempuan yang hidup dalam dosa. Setelah dia mendengar bahawa Isa sedang makan di rumah orang Farisi itu, dia membawa sebuah botol berisi minyak wangi. 38Dia berdiri di belakang Isa dekat dengan kaki-Nya dan menangis lalu membasahi kaki Isa dengan air matanya. Dia mengeringkan kaki Isa dengan menggunakan rambutnya, mencium kaki-Nya lalu menuang minyak wangi itu pada kaki-Nya.

39Apabila melihat perkara ini, orang Farisi yang menjemput Isa berkata-kata dalam hatinya, ‘Jika orang ini seorang nabi, tentulah dia mengetahui perempuan yang menyentuh-Nya seorang yang hidup berdosa.’

 

… layari sini untuk baca selanjutnya.

Wahyu yang Nuzul, Bukan Kitab yang Nuzul

Kitab-Kitab Allah ertinya bukanlah ada Kitab turun langsung dari langit. Yang turun itu adalah wahyu ilahi. Wahyu ilahi pun turunnya tidak langsung sekali jadi namun sedikit demi sedikit. Wahyu ilahi turun dalam jangka waktu yang panjang di dalam peradaban yang berbeza beza:

  • Nabi Musa menyaksikan wahyu ilahi yang Taurati.
  • Nabi Dawud dan Nabi Sulaiman menyaksikan wahyu ilahi yang Zaburi.
  • Nabi Isa menyaksikan wahyu ilahi yang Injili.
  • Nabi Muhammad menyaksikan wahyu ilahi yang Qur’ani.

Jadi bukanlah kitab yang turun namun wahyu lah yang turun.

Ketika wahyu ilahi turun, bukan dalam wujud kitab yang langsung turun dari langit namun yang ada adalah kebiasaan lisan di mana masyarakat lebih menghafalkan daripada menulis. Yang ada adalah kebiasaan membicarakan wahyu wahyu ilahi dan hafal menghafalkan wahyu wahyu ilahi.

 

… layari sini untuk baca selanjutnya.

Isa bercakap dengan perempuan Samaria

4Dalam perjalanan-Nya itu, Isa semestinya melalui Samaria. 5Di Samaria, Isa sampai di bandar Sikhar, berdekatan dengan sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada anaknya Yusuf. 6Di situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Isa duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam yang keenam.

7Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Berilah Aku minum.’ 8Pengikut-pengikut Isa telah pergi ke bandar untuk membeli makanan.

9Perempuan Samaria itu menjawab, ‘Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?’ (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)

10Isa menjawab, ‘Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, “Berilah Aku minum,” tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.’

 

… layari sini untuk baca selanjutnya.

Ummul Kitab (Lauh Mahfuz – Ibu daripada kitab)

QS Ar Rad [13]:38-39 …

13|38| Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang Rasul untuk mendatangkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah. Tiap-tiap satu tempoh dan waktu ada kitab yang telah ditentukan oleh “Suratan Azali.”

13|39| Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada UMMUL KITAB “Ibu segala suratan.”

Disebutkan di dalam Kitab Al Qur’an bahawa apa yang diwahyukan Allah bersumber daripada Allah sendiri. Apapun yang diwahyukan Allah bersumber dari UMMUL KITAB atau “Ibu segala suratan atau Ibu segala kitab.”

 

… layari sini untuk baca selanjutnya.