Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Petikan dari Kitab Taurat: Kejadian 17:15-21 dan Kejadian 21:1-7.

17:15Kemudian Allah berfirman kepada Abraham,

“Jangan lagi panggil isterimu Sarai; mulai sekarang namanya Sara. 16Aku akan memberkati dia dan mengurniai engkau seorang anak lelaki yang akan dilahirkan oleh Sara. Aku akan memberkati Sara, dan dia akan menjadi ibu bangsa-bangsa. Di kalangan keturunannya akan ada raja-raja.”

17Abraham bersujud, tetapi dia tertawa ketika berfikir, “Mana mungkin seorang lelaki yang sudah berumur seratus tahun mendapat anak? Mana mungkin Sara melahirkan anak setelah berumur sembilan puluh tahun?”

18Oleh itu dia berkata kepada Allah, “Lebih baik Ismael saja yang menjadi warisku.”

19Tetapi Allah berfirman,

“Tidak. Isterimu Sara akan melahirkan seorang anak lelaki untukmu dan engkau akan menamakan dia Ishak. Aku akan setia kepada perjanjian-Ku dengan anak itu dan dengan keturunannya selama-lamanya; perjanjian itu abadi. 2020Aku sudah mendengar permintaanmu untuk Ismael. Oleh itu Aku akan memberkati dia dan memberi dia banyak anak dan keturunan. Dia akan menjadi nenek moyang dua belas ketua suku, dan Aku akan menjadikan keturunannya suatu bangsa yang besar. 21Tetapi Aku akan memegang perjanjian-Ku dengan anak lelakimu, Ishak, yang akan dilahirkan oleh Sara, kira-kira pada masa seperti ini tahun hadapan.”

21:1TUHAN memberkati Sara sebagaimana yang sudah dijanjikan-Nya. 2Pada masa yang telah ditentukan Allah, ketika Abraham sudah tua, Sara mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. 3Abraham menamakan anak itu Ishak. 4Ketika Ishak berumur lapan hari, Abraham menyunatnya, menurut perintah Allah. 5Abraham berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan.

6Sara berkata, “Allah sudah membuat aku tertawa kerana gembira. Setiap orang yang mendengar hal ini akan tertawa bersama-samaku.”

7Kemudian dia berkata lagi, “Siapakah dahulunya dapat berkata kepada suamiku bahawa aku akan menyusui anak? Namun aku sudah melahirkan juga seorang anak lelaki untuk dia ketika umurnya sudah lanjut.”

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini
Share:

administrator