Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

المنتقم

Yang Maha Membalas, Maha Penyiksa, Yang Maha Menghukum yang bersalah.

Balas dendam itu sesungguhnya Allah lah yang melakukan demi memberi keadilan bagi yang dizalimi.

Allah lah yang bertugas untuk melakukan balas dendam. Hal itu jelas nampak di dalam nama Yang Ilahi Al-Muntaqim (المنتقم). Namun Al-Muntaqim, Yang Maha Membalas dan Maha Menyiksa dan Maha Menghukum ini, selalu diapit oleh dua nama Allah, iaitu …

  • At-Tawwāb (التواب), dan
  • Al-’Afuw (العفو).

At-Tawwāb (التواب) – Maha Penerima Taubat, memberikan pertolongan untuk bertaubat dan diterima.

Al-’Afuw (العفو) – Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

Jadi di balik sifatnya yang penyiksa, sesungguhnya Yang Ilahi adalah maha penyayang, penuh dengan sifat sayang. Ibaratnya, Yang Ilahi berkata satu, hal itu selalu sejuta makna.

Ketika Yang Ilahi berfirman, dari jutaan makna itu, yang masuk ke dalam telinga manusia hanya satu atau dua makna sahaja, iaitu bahawa …

“kuasa berasal daripada Yang Ilahi dan bahawa Yang Ilahi itu bersifat …

 /hesed/

penyayang selama-lamanya tak henti-hentinya.”

Kitab-kitabullah Taurat, Zabur dan Injil menyatakan dengan jelas bahawa al-Khaliq Yang Ilahi lah yang berhak melakukan balas dendam, manusia tidak punya hak balas dendam. Apabila manusia ingin balas dendam, yang melakukan adalah Yang Ilahi, bukan manusia.

Kita semua pasti merasa sama seperti Nabi Daud ketika Nabi Daud berpuasa memohon kepada Yang Ilahi untuk menghancurkan golongan al-asyrār (الأَشْرَارُ), iaitu, orang-orang yang zalim dan orang-orang yang sombong dan angkuh. (Kitab Zabur 93:3-4.)

Kata Nabi Daud, barangsiapa yang ingin segera mengungkapkan balas dendamnya kepada yang zalim, wajib menyadari …

/ha yoser goyim ha lo’ yokiach/

مُؤَدِّبُ الأُمَمِ أَلا يُعَاقِبُ؟

yang bermaksud,

Dia lah yang memarahi bangsa-bangsa – sudah pasti Dia menghukum mereka.

Jadi pasti, demi keadilan bagi barangsiapa yang dizalimi, Yang Ilahi pasti akan melaksanakan balas dendam.

Kitab Zabur 93:3-4 membawa makna yang sama dengan …

Al-Muntaqim (المنتقم),

Yang Maha Membalas, Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum mereka yang bersalah.

Disebutkan di dalam Kitab Al-Quran Surah An-Nisa [4] ayat 148, Allah SWT telah berfirman …

لَّا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

yang bermaksud,

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Disebutkan di dalam Hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda …

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

yang bermaksud,

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.”

(Hadis Riwayat Ahmad – sanad hasan.)

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

yang bermaksud,

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara.”

(Hadis Riwayat Hakim – sanad sahih.)

Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda …

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

yang bermaksud,

“Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah SWT berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama.”

(Hadis Riwayat Tobrani – sanad hasan.)

Nabi Musa memimpin Bani Isra’il keluar dari cengkeraman Raja Fir’aun yang zalim dan bengis. Di bawah kepemimpinan Nabi Musa, Tuhan Allah memberikan 10 Syariah Ilahi kepada Bani Isra’il sebagai tuntunan. Ketika Bani Isra’il sudah keluar dari cengkeraman Raja Fir’aun dan sudah hampir masuk ke tanah yang dijanjikan oleh Yang Ilahi, Nabi Musa dengan penuh haru melantunkan puji-pujian kepada Yang Ilahi dan dua kali, Nabi Musa menyebut-nyebut balas dendam.

Kata Nabi Musa …

“Yang Ilahi lah yang melaksanakan balas dendam.”

(Kitab Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 32:35.)

Demi untuk memberi keadilan kepada yang dizalimi, Tuhan Allah lah yang akan melaksanakan balas dendam demi memberi keadilan kepada yang dizalimi.

Hai bangsa-bangsa, alhamdulillah. Yang Ilahi menghukum semua orang yang membunuh umat-Nya; Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya.

(Kitab Taurat Surah Tasyniyati [Ulangan] 32:43.)

Para alim ulama Bani Lawi daripada Bani Isra’il akan diazab oleh Yang Ilahi kerana mereka tidak berjalan fi sabilillah atau tidak berjalan di jalan Ilahi.

Yang Ilahi berkata,

“Akulah yang akan balas dendam kepada kamu dan menghukum atau mengazab kamu 7 kali lebih teruk daripada yang sudah-sudah”.

(Kitab Taurat Surah Al-Awiyaina [Imamat] 26:24 dan seterusnya.)

Padahal sebelumnya, Yang Ilahi melarang Bani Isra’il saling balas dendam sesama Bani Isra’il …

Janganlah engkau menuntut balas, dan janganlah menaruh dendam terhadap orang-orang sebangsamu, melainkan kasihilah sesamamu manusia seperti engkau mengasihi dirimu sendiri. Akulah Yang Ilahi.

(Kitab Taurat Surah Al-Awiyaina [Imamat] 19:18.)

Yang Ilahi melarang manusia untuk ikut-ikut melakukan balas dendam. Manusia jangan ikut-ikut melakukan balas dendam! Makhluk jangan ikut-ikut melakukan balas dendam, kerana yang berhak melakukan itu adalah AL-KHALIK. Dalam melakukan balas dendam, Yang Ilahi adalah ahlinya dan tidak dapat dipertanyakan lagi.

Pernah suatu ketika, Yang Ilahi melampiaskan balas dendam menghukum orang-orang bangsa Chaldean Babil. (Suhuf Isya’ya [Yesaya] 47:3.)

Pernah juga, Yang Ilahi melampiaskan balas dendam melawan kemaksiatan di Tanah Suci Al-Quds Baitul Maqdis Yerusalem. (Suhuf Irmiya [Yeremia] 5:9.)

Pernah juga, Yang Ilahi melampiaskan balas dendam melawan kemaksiatan orang-orang Yahudi daripada keturunan Yahuda. (Suhuf Irmiya [Yeremia] 9:9.)

Sayidina Isa pun juga memerintahkan para hawariyyun untuk tidak pernah dendam dan tidak pernah balas dendam. Sayidina Isa pun juga memerintahkan para hawariyyun untuk tidak pernah ikut-ikut melakukan balas dendam.

Di kampung halaman Sayidina Isa di Timur Tengah, ketika orang bertemu, mereka saling memberi salam dengan cara saling mencium pipi tiga kali. Kata Sayidina Isa kepada orang-orang yang takzim kepadanya,

“Apabila kamu memberi salam, lakukanlah dengan cara sesempurna mungkin. Apabila kamu sedang memberi salam dengan cara cium pipi, namun belum-belum kamu sudah ditampar, terus lakukanlah niat baik mu dalam memberi salam dengan cara cium pipi itu, lakukan itu dengan cara yang sempurna.”

Jadi berkata Sayidina Isa,

“Apabila kamu sedang memberi salam dengan cara cium pipi, belum selesai cium pipi, namun pipi kananmu belum-belum sudah ditampar, jangan kecil hati, teruskanlah niyat baikmu itu dengan sesempurna mungkin. Apabila seseorang yang kamu beri salam menampar pipi kananmu, teruskanlah niyat baikmu, jangan berhenti. Pipi kiri kena kau ciumkan juga pada pembenci mu itu. Janganlah membalas dendam. Lakukanlah niyatan baik dengan amalan yang sempurna, walaupun niyat baik mu diterima orang dengan penuh kebencian. Lakukanlah niyatan baik mu dengan sempurna mungkin walaupun niyatan baikmu dibalas tidak baik. Walau air susu dibalas air tuba, lakukanlah terus niyatan baikmu itu.”

Begitulah nasihat Sayidina Isa bahawa manusia wajib berbuat baik sahaja walaupun dizalimi. Menurut Sayidina, manusia tidak berhak dendam dan tidak berhak balas dendam. (Kitab Injil Surah Matta 5:39.)

Setelah Sayidina hidup kembali dari liang lahatnya dan diangkat kepada Yang Ilahi, Bulus al-Hawari juga memberi nasihat yang sama dengan nasihat Sayidina Isa, iaitu, bahawa manusia tidak berhak dendam dan tidak berhak balas dendam. Hanya Yang Ilahi lah yang akan melakukan balas dendam bagi yang terzalimi demi memberi keadilan bagi yang terzalimi.

Bulus al-Hawari menyatakan,

“Jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Perhatikan apa yang baik di mata semua orang … Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah berusaha membalas dendam, serahkanlah kepada kemurkaan Allah, kerana telah tersurat: ‘Pembalasan adalah hak-Ku,’ kata Allah, ‘Akulah yang akan membalas dendam,’

demikian firman daripada Yang Ilahi. (Suhuf Rom 12:17,19-20.)

Oleh kerana itulah, Bulus al-Hawari menasihati kita …

“Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, beri dia minum.”

Bagi orang-orang yang takdzim kepada Almasih Isa, pemerintah yang sah atau السُّلْطَةَ sulṭan yang sah itulah cara yang sah untuk memperoleh dan melaksanakan keadilan. (Suhuf Rom 13:1-5.)

Tunduk dan taat kepada pemerintah yang sah adalah bukti yang nyata bahawa seseorang menyadari bahawa Yang Ilahi telah mengamanahkan kekuasaanNya dan telah memberi wewenangNya kepada pemerintah yang sah, siapapun itu, janji pemerintah yang sah, itulah yang mendapat amanah dan wewenang dari Yang Ilahi untuk menerima kekuasaan Ilahi dan menjalankan kekuasaan Ilahi.

Kitab Taurat Zabur dan Injil menyatakan bahawa pemerintah yang sah adalah …

“hamba yang diamanahkan oleh Allah untuk menjalankan pembalasan dengan menimpakan kemurkaan Allah ke atas orang yang berbuat jahat.”

(Suhuf Rom 13:4.)

Munajad:

Bersama-sama dengan semua makhluk, hamba menanti-nantikan keadilan-Mu, wahai Yang Ilahi.

Sementara hamba menanti-nanti keadilan-Mu, Ya Yang Ilahi, hamba merasa tenang dan amat yaqin bahawa Engkau memelihara hamba di dunia yang penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman. Hamba haqul yakin Engkau ada.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator