Kuasa Isa penuh dendam kepada Dajjal. Kuasa Isa demi Tauhid.
Sayidina Isa putera daripada perempuan adalah yang paling melawan Syaitan.
Perempuanlah yang pertama-tama digelincirkan oleh Syaitan. Perempuanlah yang paling dendam untuk menghancurkan Syaitan. Syaitan menggelincirkan Siti Hawa sehingga perempuan pertama itu mengambil buah larang Buah Khuldi. Jadi perempuan memiliki dendam yang sangat besar kepada Syaitan yang menipunya.
Allah menghukum Syaitan dengan menetapkan putera daripada perempuan untuk membunuh Syaitan. Akhirnya, lahirlah Isa putera daripada seorang perempuan yang bernama Maryam.
Oleh kerana itu, penyebutan Isa adalah Isa bin Maryam kerana Isa adalah putera daripada perempuan yang masih dara. Isa bin Maryam. Isa putera Maryam ditetapkan Allah untuk membunuh Syaitan atau Dajjal.
Isa putera daripada perempuan adalah untuk menghukum Dajjal Sang Penggelincir Sumber Segala Fitnah. Isa putera daripada perempuan adalah sudah ditetapkan Allah untuk mengakhiri Dajjal.
Di dalam Kitab Allah Injil dikisahkan, Nabi Isa sedang berpuasa 40 hari 40 malam. Dalam keadaan sedang berpuasa, oleh kerana kuasa Allah, Nabi Isa berada di padang pasir yang sangat luas sekali. Tidak ada makanan. Tidak ada minuman. Di padang pasir itulah, Nabi Isa yang sedang berpuasa bertemu dengan Syaitan atau almasih Dajjal. Isa putera Maryam yang disebut Almasih Isa bertemu dengan almasih Dajjal.
Almasih Isa adalah Almasih yang asli dari Allah. Almasih yang asli tidak lain adalah Almasih Isa bin Maryam. Kerana Allah, Almasih Isa sangat dendam sekali dengan almasih Dajjal kerana almasih Dajjal telah menggelincirkan perempuan pertama yang bernama Siti Hawa ibu segala manusia.
Almasih Isa adalah putera daripada perempuan untuk membalas kejahatan Dajjal si penggelincir manusia. Almasih Isa putera daripada perempuan untuk melampiaskan dendam Siti Hawa dan dendam kaum perempuan kepada Dajjal dan untuk melampiaskan azab daripada Allah Sang Khaliq kepada Dajjal Syaitan laknat.
Sudah 40 hari 40 malam, Almasih Isa berada di padang pasir tidak makan dan tidak minum. Oleh kerana itulah, sungguh lapar dan dahaga keadaan Almasih Isa ketika itu. Dalam keadaan sangat lapar dan sangat dahaga, Almasih Isa digoda oleh almasih Dajjal.
Dengan sangat licik, almasih Dajjal berkata kepada Almasih Isa,
“Wahai Almasih Isa putera daripada perempuan. Almasih Isa bin Maryam. Engkau sesungguhnya langsung berasal daripada Ar-Rahim Allah SWT. Daripada Ar-Rahim, engkau keluar, wahai Almasih Isa. Engkau putera daripada Ar-Rahim Allah SWT. Engkau sungguh mulia dan sungguh berkuasa. Jadi Engkau pasti boleh memerintahkan batu-batu menjadi makanan yang lezat agar Engkau boleh menikmati makanan yang lezat dengan sepuas-puasnya agar Kau tak lapar dan tak haus, wahai Putera daripada Ar-Rahim Allah SWT yang maha kuasa.”
Dalam keadaan berpuasa dan lapar sekali, Almasih Isa langsung menjawab almasih Dajjal,
“Termaktub di dalam Kitab Allah, apabila manusia nak nurul hayat, yang kena dimakan manusia bukan hanya nasi dan masakan yang sedap. Apabila manusia nak nurul hayat, manusia kena menjadikan Kalimat Allah sebagai makanan kesukaannya!”
Itulah jawaban Almasih Isa kepada almasih Dajjal.
Setelah itu, Almasih Isa dan almasih Dajjal berada di Tanah Suci Baitullah Ur Salim Al-Quds Al-Aqsa. Almasih Dajjal dan Almasih Isa berada di puncak Baitullah Ursalim Al Quds Al Aqsa yang sangat tinggi itu.
Di situ kemudian almasih Dajjal berkata kepada Almasih Isa,
“Wahai Almasih Isa putera daripada perempuan. Almasih Isa bin Maryam. Engkau sesungguhnya langsung berasal daripada Ar-Rahim Allah SWT. Daripada Ar-Rahim, engkau keluar, wahai Almasih Isa. Engkau putera daripada Ar-Rahim Allah SWT. Engkau sungguh mulia dan sungguh berkuasa. Sekarang meloncatlah Engkau dari tempat yang sangat tinggi ini ke bawah, pasti nanti Ar-Rahim Allah SWT akan memerintahkan malaikat-malaikatNya untuk melindungi Engkau sehingga Engkau tidak akan terluka sedikitpun! Kerana Ar-Rahim Allah SWT sudah berjanji akan melindungi yang berasal daripadaNya walaupun harus jatuh dari tempat yang tinggi sekalipun!”
Almasih Isa langsung menjawab,
“Memang benar Allah adalah Pelindung! Namun termaktub pula di dalam Kitab Allah bahawa Allah tidak boleh diduga-duga.”
Setelah itu, almasih Dajjal dan Almasih Isa berada di puncak sebuah gunung yang tinggi. Dari atas puncak gunung yang tinggi itu, Almasih Isa memandang alam raya dan segala kekayaannya.
Almasih Dajjal datang mendekati Almasih Isa. Almasih Dajjal berkata kepada Almasih Isa,
“Wahai Almasih Isa putera daripada perempuan. Almasih Isa bin Maryam. Seluruh alam raya dan segala kekayaannnya ini adalah milikMu dengan satu syarat: Bersujudlah engkau kepada Ku!”
Almasih Isa langsung menjawab,
“Syirik hukumnya bersujud kepada selain Allah! Termaktub di Kitab Allah, ‘Laailaahaillallaah!’ Tidak ada yang pantas disembah selain Allah. Tidak ada ilah selain Allah. Bersujudlah hanya kepada Allah sahaja. Allah lah yang kena kita utamakan dalam akal kita, dan dalam hati kita dan dalam jiwa dan kekuatan kita. Semuanya itu kena bersujud hanya kepada Allah sahaja.”
Mendengar jawaban Almasih Isa, almasih Dajjal langsung takut lari terbirit-birit.
Dikisahkan setelah itu, turunlah ni’mat Allah Yang Maha Tinggi. Dari atas, turunlah banyak malaikat-malaikat Allah semuanya berdatangan mendatangi Almasih Isa dan semuanya tawadu’ dan ta’zim kepada Yang Mulia Almasih Isa bin Maryam.
Nabi Isa lebih memilih lapar dan dahaga daripada memuaskan nafsu. Nabi Isa lebih pilih puasa daripada nafsu. Nabi Isa puasa.
Almasih Isa puasa. Almasih Dajjal tidak.
Kisah ini berdasarkan Tafsir Kitab Allah Injil Surah Matta (Matius) 4:1-11, Surah Luqa (Lukas) 4:1-13.
Dari sebuah hadis Abdurrahman al-Muharibi dari Isma’il bin Rafi, disebutkan,
“Tatkala Isa melihat Dajjal, maka hancurlah pedang Dajjjal bak garam dalam air. Kemudian Dajjal pun kabur.”
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |