Allah cinta orang fakir
Tuhan Yang Maha Penyayang sungguh sangat menyayangi orang-orang yang kecil dan orang-orang yang hidupnya hancur kerana terzalimi. Nama-nama Tuhan kelihatannya hampir sama maknanya, namun sebenarnya justeru menyatakan kedalaman yang sangat dalam sekali dari semua sifat-sifat Allah. Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih dan Yang Penyayang) selalu disebutkan secara bersama-sama walaupun kelihatannya hampir sama maknanya.
Bismilllah irraḥman irraḥiim
Dengan Asma Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Itulah yang terpangpang di rumah-rumah orang-orang beriman Muslim mulai dari Maroko sampai Nusantara.
Dua Asma Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang selalu disebut secara bersama-sama itu membuktikan bahawa Allah itu sesungguhnya penuh dengan kasih dan sayang. Sifat Allah itu penuh dengan kemurahan dan penuh dengan kasih sayang. Itulah yang Allah ingin manusia ketahui terlebih dahulu. Mengapa dua nama yang kelihatannya sama maknanya itu selalu disebut secara bersama-sama? Tarjamah Kitab Zabur Nabi Daud menyebutkan di Surah 62 ayat 11-12 …
11 أَمْرٌ تَكَلَّمَ بِهِ الْمَوْلَى, وَأَمْرَانِ سَمِعْتُهُمَا: “اللَّهُمَّ لَكَ الْعِزَّةُ,
12 وأَنْتَ رَحِيمٌ يَا ربُّ.” لأَنَّكَ حَقًّا تُجَازِي كُلَّ واحِدٍ حَسَبَ عَمَلِهِ.
Yang bermaksud,
Satu kali Allah berfirman, dua hal yang kudengar, iaitu bahawa kekuatan ada pada Allah, dan bahawa Engkau, ya Allah, mengasihi. Engkau membalas setiap orang menurut perbuatannya.
Bahawa Allah itu maha kuasa itu sudah jelas dan sudah diketahui oleh seluruh insan di bumi ini. Namun bukan itu sahaja yang Allah ingin kita ketahui. Semoga juga masuk melalui lobang-lobang masuknya ilmu ke dalam kehidupan kita bahawa Allah itu juga penuh belas kasihan dan maha pemurah. Allah Maha Kuasa dan Penuh dengan Kekuatan, namun sekaligus juga Maha Pengasih dan Penyayang. Kuasa dan Kekuatan Allah tidak dibuktikan lewat gempa bumi dan halilintar yang bergemuruh namun seringkali dibuktikan lewat perantaraan kesopan santunan yang penuh belas kasihan dan kasih sayang.
Hal itulah yang disampaikan Sayidina Isa melalui ibarat yang termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Luqa 10:29. Ibarat itu sangat terkenal dan dikenal orang sebagai “Kisah seorang Kafir yang Soleh.”
Perlu diketahui di Zaman Nabiullah Isa, Bani Isra’il sering merasa bahawa mereka adalah umat pilihan. Mereka sering mengkafir-kafirkan siapapun yang bukan Bani Isra’il. Namun ada beberapa orang Bani Isra’il yang merantau keluar dari Tanah Suci Al-Quds Yerusalim. Perantau-perantau Bani Isra’il itu kawin mawin dengan orang-orang bukan Bani Isra’il. Mereka beranak-pinak. Anak-anak hasil kawin campur antara orang Bani Isra’il dan Bukan Bani Isra’il itu sering dihina dan dikafir-kafirkan oleh orang-orang Bani Isra’il di Tanah Suci Al-Quds Yerusalim. Anak-anak hasil kawin campur antara orang Bani Isra’il dengan Bukan Bani Isra’il itu disebut Orang Samari. Oleh orang-orang Bani Isra’il di Tanah Suci Al-Quds Yerusalim, orang Samari dianggap sebagai orang kafir yang merusak akidah tauhid Tanah Suci Yerusalim.
Sejak itulah, mengkafir-kafirkan orang dianggap sebagai bentuk cinta tauhid.
Tapi, di dalam,
“Kisah seorang Kafir yang Soleh”
ada seorang Isra’il yang bernama Isa justeru berusaha menyatakan cinta tauhid yang sejati. Dalam kisah itu dikisahkan ada seorang Bani Isra’il sedang mengadakan perjalanan dari Tanah Suci Yerusalim. Di tengah jalan, orang Isra’il itu dirompak oleh perompak dan dipukuli sampai hampir mati dan orang Isra’il itu dibiarkan tergeletak di pinggir jalan dalam keadaan hampir mati.
Disebutkan di kisah itu, ada dua orang imam Bani Isra’il ahli ibadah dan ahli fiqih tahu ada sesamanya sedang tergelempang hampir mati di pinggir jalan, tapi dua orang imam Bani Isra’il itu acuh tak acuh, tidak mengambil peduli.
Lalu ada orang kafir yang sangat sabar yang mengungkapkan kesabarannya kepada orang dari bangsa yang sombong itu. Dengan penuh pengorbanan, orang kafir yang sabar ini tidak membeza-bezakan orang. Perbezaan tafsir, perbedaan suku dan kaum, perbezaan kebiasaan, perbezaan ugama tidak dianggap sebagai alasan untuk tidak menolong orang Isra’il yang sedang menderita hampir mati di pinggir jalan kerana dizalimi dirompak oleh perompak itu.
Walau tahu bahawa orang yang hampir mati itu adalah orang Isra’il, namun orang kafir yang sabar itu berjuang untuk menolong orang Isra’il yang hampir mati itu. Oleh orang kafir yang sabar itu, orang Isra’il yang hampir mati itu ditolong sampai sembuh dan segala hal yang dibutuhkan oleh orang Isra’il itu ditanggungnya sampai orang Isra’il itu pulih kembali seperti sedia kala.
Kisah ibarat ini ditutup dengan sebuah pertanyaan,
“Di antara ketiga orang itu, siapakah yang rahmatan lil alamin? Siapakah yang berbaik hati kepada sesama? Siapakah yang sabarnya tak terbatas? Dua imam itu atau Orang Kafir itu?”
Dengan mudah pertanyaan itu dijawab oleh orang, “Tentu yang berjuang menolong!”
Mendengar jawaban itu, Nabiullah Isa berkata,
“اِذْهَبْ وَاعْمَلْ مِثْلَهُ.”
(iżhab wā’mal miṡlahu)
yang ertinya,
mulai sekarang pergilah amalkan seperti itu.
Tarjamah Kitabullah Injil Surah Luqa 10:37.
Siapapun yang bersikap tidak acuh tak acuh terhadap fakir miskin dan mengulurkan tangan menolong fakir miskin, janda-janda tua yang miskin dan anak-anak yatim yang miskin, mereka pantas disebut Abdur-Rahim (Jongos atau Budak daripada Yang Maha Penyayang).
Sayidina Isa memerintahkan kepada barangsiapa sahaja yang takzim dan tawadu’ kepada Sayidina Isa untuk mahu memberi makan kepada orang-orang yang kelaparan, dan memberi pakaian kepada orang-orang yang tidak punya pakaian, mengunjungi orang-orang yang sakit.
Sayidina Isa memberi peringatan keras bahawa barang siapa yang tidak menolong fakir miskin akan akan mendapat azab selama-lamanya. (Termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta 25:40-41).
Di dalam Tarjamah Kitabullah Injil terdapat surah yang disebut Kisah Para Hawariyun (Kisah Para Rasul) bab 13, di situ disebutkan kisah-kisah perjalanan orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa dan juga ada contoh-contoh perjuangan para nabi sebelum mereka yang juga kena diamalkan oleh orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa yang adalah Jalan Ilahi.
Di situ juga disebutkan apa yang Yang Maha Kuasa dan Maha Penyayang pernah lakukan demi membela Ibrahim (ayat 26), demi membela Musa (ayat 38), demi membela Daud (ayat 22, 34), dan juga demi membela Isa yang ketika itu baru sahaja dibangkitkan hidup balik dan diangkat ke sisi Allah (ayat 26 dan seterusnya).
Renungkanlah:
Ketika aku susah, kasih atau kemurahan Allah dilimpahkan kepadaku.
Tolonglah daku untuk dapat mengambil hikmah bahawa kemurahan Allah adalah bagian dari takdir ilahi untuk meringankan dan membebaskan aku daripada segala bentuk beban dikehidupanku.
Asma Allah hampir sama. Abdur Rahim perlu dibuktikan. Allah bela barangsiapa yang terzalimi.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |