Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

اَلْكَبِيْر

Maha Besar;

yang kebesaran-Nya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

Al-Kabir adalah sifat Allah yang ertinya Maha Besar. Ada sifat lain daripada Allah yang juga bersifat besar iaitu Mutakabbir yang ertinya Maha Memiliki Kebesaran.

Al-Mutakabbir ertinya adalah sungguh-sungguh besar tidak seperti besarnya manusia sombong yang hanya berlagak besar, namun sebenarnya tidak besar. Dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil terdapat beberapa kata yang ertinya besar atau ‘akbar’ dalam Bahasa Arab. Namun hanya satu kata dalam Bahasa Ibrani yang paling cocok dan sepadan untuk mengungkapkan takbir untuk mengumumkan dan meyakini sifat Allah yang Akbar atau Maha Besar, iaitu,

gadol

yang ertinya,

besar.

Sampai sekarang, orang-orang Bani Isra’il bertakbir dalam bahasa mereka, iaitu Bahasa Ibrani.

الله اكبر Allahu Akbar, 

dalam Bahasa Ibrani adalah,

 Gadol Elohai.

Tengok di youtube (https://www.youtube.com/watch?v=3H3t0dqC-IQ) macam mana Bani Isra’il bertakbir Gadol Elohai.

Dalam Nahwu Shorof Bahasa Ibrani (tata bahasa atau grammar Bahasa Ibrani), kata

gadol

dipakai bukan hanya untuk Tuhan Allah, namun manusia pun juga dapat dikatakan gadol. Bukan hanya benda hidup sahaja yang dapat dikatakan gadol, namun benda mati pun juga dapat dikatakan gadol.

Sama seperti dalam nahwu shorof Bahasa Arab, kata akbar dipakai juga boleh dipakai untuk pengajian, sehingga ada ungkapan ‘pengajian akbar’. Jadi bukan hanya Allahu akbar, pengajian pun juga boleh dikatakan Pengajian Akbar.

Tuhan Allah sering menyatakan keakhbaranNya atau kebesaranNya. Dalam Nahwu Shorof Bahasa Ibrani, bukan hanya al-Khalik yang dapat dikatakan gadol. Makhluk atau ciptaan juga dapat dikatakan gadol.

Di dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil, satu-satunya manusia yang paling sering disebut gadol makna ‘besar’ adalah Nabi Yahya. Bapa daripada Nabi Yahya adalah Nabi Zakharia. Ketika Yahya masih bayi yang baru sahaja dilahirkan, Nabi Zakharia diberitahu oleh malaikat Allah bahawa Yahya akan menjadi orang gadol atau orang besar yang mulia di sisi Allah.

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Luqa 1:15.)

Ketika Sayidina Nabi Isa baharu sahaja memulai berdakwah tauhid mengutamakan Allah, Nabi Yahya bertemu dengan Nabi Isa. Nabi Yahya langsung mengakui bahawa Nabi Isa adalah yang lebih gadol atau lebih besar daripada beliau. Mengenai Nabi Isa, Nabi Yahya berkata,

“Dialah yang kukatakan akan datang selepasku tetapi lebih besar daripadaku.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Yahya 1:30.)

Sebelum Nabi Yahya sampai pada ajalnya kerana dihukum mati dipenggal kepalanya, Nabi Yahya menyatakan keshohiban dan kesetiaan dan dukungannya kepada Nabi Isa. Mengenai Nabi Isa, Nabi Yahya berkata,

“Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Yahya 3:30.)

Sayidina Isa memberikan pujian yang sangat tinggi kepada Nabi Yahya, namun pujian yang tertinggi daripada Nabi Isa adalah bagi yang lebih besar dari Nabi Yahya.

Sayidina Isa berkata,

“Aku berkata kepadamu bahawa Yahya itu lebih besar daripada semua orang yang pernah dilahirkan. Akan tetapi, orang yang terkecil dalam kerajaan Allah lebih besar daripada Yahya.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Lukas 7:28.)

Seperti umumnya bab bab Kitab Zabur memuliakan tahta kursi Allah, Kitab Zabur bab 99 memuliakan tahta kursi Allah.

Dia jauh lebih mulia di atas semua bangsa. Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan.

(Termaktub di Kitab Zabur 99:2-3.)

Bahawa Yang Maha Besar itu duduk di kursi syurgawi tidaklah membuat orang orang yang beriman menjadi hairan dan pelik, karena orang mukmin sudah tahu bahawa Sang Raja yang menguasai mereka itu jauh lebih besar daripada segala raja-raja, dewa-dewi, dan bahkan lebih besar daripada apapun yang dapat dibayangkan.

الله اكبر Allahu Akbar,

bagi ummah Muslim diseluruh dunia, bukan hanya kata-kata kosong, namun merupakan ungkapan iman yang paling dalam bahawa Allah tidak akan terkalahkan dan juga tidak dapat dibandingkan dengan apapun.

Termaktub di QS Al Nahl [16]:73-74, Sayidina Nabi Isa dan Hawariyyun penyokong-penyokong setianya tanpa pandang bulu dan bangsa juga amat setuju dengan takbir, 

Allahu Akbar, Allah Maha Besar,

 Gadol Elohai.

Nabiullah Ezra menyatakan bahawa segala macam jihad dan segala macam perjuangan raja-raja dan nabi-nabi dan ummah akan dibuat menjadi penuh manfa’at dan penuh ni’mat sebab,

“Tuhan Yang Disembah Nabi Ibrahim adalah Maha Besar dan Maha Perkasa. Dia lah sebab kejayaan ummah.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Nahamya 9:32.)

Ikan yang besar sudah disiapkan oleh Tuhan Allah untuk menelan Nabi Yunus dan memaksa Nabi Yunus untuk mahu melakukan dakwah tauhid ke Kota zalim dan penuh dosa Niniwa seperti yang dikehendaki Tuhan Allah. Namun Nabi Yunus pergi berdakwah namun tidak kepada orang-orang di Kota zalim dan penuh dosa Niniwa itu seperti yang diperintahkan Tuhan Allah.

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Yunus 1:17.)

Ketika di dalam perut ikan besar itu, Nabi Yunus masih bergumul kerana merasa pelik dan harga dirinya hancur. Dalam keadaan harga diri yang hancur dan pelik, Nabi Yunus menangis berseru kepada Tuhan Allah dari dalam perut ikan.

فَأَنَا عَارِفٌ أَنَّكَ إِلَهٌ حَنُونٌ وَرَحِيمٌ وَحَليمٌ وَمُحِبٌّ جِدًّا

yang bermaksud,

“Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Yunus 4:2.)

Ratusan tahun kemudian, ketika Sayidina Isa melakukan dakwah tauhid mengutamakan Tuhan Allah, Sayidina Isa mengibaratkan dirinya berada di dalam liang lahad sama seperti Nabi Yunus selama,

“3 hari 3 malam.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Matta 12:40.)

Kemudian Sayidina Isa mengakhiri dakwahnya dengan menasihati barangsiapa tanpa pandang bulu yang mendengar Sayidina Isa untuk segera bertaubat nasuha seperti orang-orang di Kota Niniwa taubat nasuha setelah mendengarkan dakwa tauhid Nabi Yunus, kerana kata Sayidina Isa,

“yang lebih besar daripada Yunus persis ada di depan kalian.”

(Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Matta 12:41.)

Munajat:

Ya Allah, Engkau lebih besar daripada segala macam kekhuatiranku. Apabila hamba khuatir, di dalam hati hamba, hamba tidak mengutuk diri hamba sendiri. Sebab Engkau ya Allah, keperkasaanMu lebih besar dari segala isinya alam.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator