Ya Hafiz

 اَلْحَفِيظ

Yang Maha Memelihara dan Maha Menjaga.

Tuhan Allah Maha Memelihara dan Maha Menjaga selalu memberi pertolongan kepada orang-orang mukmin atau orang-orang beriman.

Tuhan Allah Maha Memelihara tentu juga muhaimin Maha Melindungi orang-orang beriman agar keberadaan mereka tetap aman di bawah perlindungan Allah. Kata ‘memelihara dan menjaga’ dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah ‘shamar’ dan dalam Bahasa Arab adalah ‘samar.’

Bezanya adalah ‘shamar’ dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani lebih menekankan bahawa memelihara dan menjaga adalah sesuatu yang seronok untuk diamalkan atau sesuatu yang berkenan di hati. ‘samar’ dalam Bahasa Arab tidak menekankan bahawa memelihara dan menjaga adalah sesuatu yang seronok atau sesuatu yang berkenan di hati.

Dalam masyarakat Arab, حفيظ /hafiẓ/ lebih digunakan orang di zaman moden.

Dalam kesusasteraan Ibrani, ‘shamar’ makna ‘memelihara atau menjaga’ selalu menunjukkan bahawa yang mengamalkan mengamalkannya dengan hati yang suka atau hati yang berkenan atau hati yang ikhlas dan sukarela. Ketika Yusak menggantikan Musa untuk memimpin Bani Isra’il dalam perjalanan memasuki tanah yang dijanjikan atau diwakafkan oleh Tuhan Allah kepada mereka, Yusak haqul yaqin bahawa Tuhan Allah memang sudah berkenan dan sudah reda mewakafkan tanah kepada Bani Isra’il, Yusak menyatakan:

Jika Tuhan Allah berkenan kepada kita, Dia akan membawa kita ke sana dan memberi kita tanah yang kaya dan subur itu.

(Termakhtub di Bilangan 14:8.)

Apabila hati sudah berkenan dan suka dan reda pasti sekaligus akan terus dipelihara dan dijaga apa yang sudah ada di dalam hatinya itu.

Berkenan atau reda dalam Bahasa Ibrani juga bererti sekaligus mempertahankan dan memelihara dan menjaga.

Ketetapan Allah yang tidak dapat dinalar oleh akal dan logika manusia, oleh Nabi Allah Irmiya, dianggap tidak dapat disamakan dengan kejayaan manusia yang naik dan turun, kadang di atas kadang di bawah. Kalau Allah sudah reda atau sudah berkenan, pasti Allah sekaligus akan terus menerus selamanya memelihara dan menjaga apa yang sudah diredai-Nya itu.

Tuhan Allah berfirman, “Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka, orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka, dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka.

Jika sesiapa hendak berbangga, dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku, dan bahawa Akulah Tuhan Allah yang mengasihi orang selama-lamanya, dan Aku melakukan yang adil dan benar.

Semua itu menyenangkan hati-Ku.

Aku, Tuhan Allah, telah berfirman.”

(Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf Irmiya 9:23-24.)

Ribuan tahun sebelum datangnya Almasih Sang Hakim Adil daripada Allah, Allah mengutus seorang utusan untuk datang ke Tanah Suci Al-Quds Yerusalem. Nabi Allah Maleakhi adalah penulis suhuf berbahasa Ibrani yang terakhir. Nabi Maleakhi menyatakan bahawa utusan Allah itu adalah sudah tentu diredai oleh Tuhan Allah.

(Baca Suhuf Nabi Maleakhi 3:1.)

Suami Ratu ‘Istir atau Ester adalah Raja Ahasuerus yang berkuasa di Persia. Ketika itu Bangsa Persia tergolong bangsa yang tidak berkhatan. Pada mulanya Raja Ahasuerus berkenan pada perdana menterinya yang bernama Haman. Akhirnya Haman kehilangan kepercayaan Raja Ahasuerus kerana Haman memiliki politik yang memasukkan orang-orang Bani Isra’il pada perangkapnya yang jahat.

(Baca Suhuf Istir 6:6 dan seterusnya.)

Perdana menteri Haman memiliki rencana jahat untuk memusnahkan Bani Isra’il dari muka bumi padahal Bani Isra’il dilindungi dan dipelihara oleh Tuhan Allah. Oleh Haman, Bani Isra’il yang hijrah ke Persia dituduh tidak mahu tunduk mengikuti kepada peraturan Raja Persia.

(Baca Suhuf Istir 3:8.)

Dalam Bahasa Ibrani, ‘tunduk dan mengikuti’ bererti otomatik memelihara dan menjaga. Dalam Bahasa Ibrani, memelihara sekaligus menjaga adalah,

/shamar/.

Tidak tunduk atau tidak mengikuti bererti tidak memelihara dan tidak menjaga atau tidak peduli sama sekali.

Dalam Kitab Zabur Surah 119 yang berbahasa Ibrani, yang seronok untuk diikuti dan ditunduki dipelihara dan dijaga adalah ketetapan-ketetapan Allah (ayat 8), hukum daripada Allah (ayat 44), firman daripada Allah (ayat 57), ajaran-ajaran Allah (ayat 134), kesaksian-kesaksian Allah (ayat 168). Itu semua adalah sesuatu yang seronok untuk diamalkan.

Nabi Allah Nahamya haqul yaqin bahawa Tuhan Allah reda hanya pada orang-orang yang terus menerus memelihara dan menjaga peraturan dan syariah Allah.

“Ya Tuhan Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.”

(Termaktub di Suhuf Nahamya 1:5.)

Di dalam Kitab Injil Surah Yahya, seringkali Sayidina Isa mengingatkan kita tanpa pandang bulu dan tanpa pandang ugama perihal memelihara dan menjaga apa yang dikatakannya, bukankah itu adalah sesuatu yang seronok untuk diamalkan!

Sayidina Isa berkata,

“Jika kamu mengasihi-Ku, kamu akan mematuhi perintah-perintah-Ku.”

(Injil Surah Yahya 14:15.)

“Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, sesiapa yang menurut kata-Ku tidak akan mati.”

(Injil Surah Yahya 8:51.)

Yahya menegur generasi penerus daripada hamba-hamba Allah,

“Dengan demikianlah kita tahu bahawa kita mengasihi anak-anak Allah atau umat Allah apabila kita mengasihi Allah dan mentaati perintah-Nya.”

(Termaktub di Kitab Injil Surah 1 Yahya 5:2.)

Munajat:

Ya Allah, Engkaulah Yang Memelihara dan Menjaga ku untuk terus berada di Jalan Lurus Mu, ya Allah.

Engkau selalu memperhatikan hamba dan dengan suara-Mu yang lembut, Engkau tidak pernah meninggalkan hamba dengan pada jalan yang kering dan tandus.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini