اِحْمَدُوا الرَّبَّ لأَنَّهُ صَالِحٌ لأَنَّ إِلَى الأَبَدِ رَحْمَتَهُ
IḤMADÛRRABBA LI’ANNAHU ṢALIḤUN LI’ANNA ILAL ABADI RAḤMATAHU
BERSYUKURLAH KEPADA TUHAN ALLAH KERANA KEBAIKANNYA; KERANA KASIH-NYA KEKAL SELAMA-LAMANYA (tarjamah Kitab Allah Zabur 107:1).
Izinkan saya menceritakan tentang anak saya ketika dia masih berumur 7 tahun. Pada hari pertama anak saya masuk sekolah rendah. Dia bertemu dengan kawan baru. Kawan baru tersebut rupanya berasal dari keluarga yang kaya raya.
Dia bertanya kepada anak saya, “Kamu orang miskin ya?”
Anak saya langsung menjawab, “Tangan kamu berapa?”
Kawan barunya menjawab, “Dua!”
Anak saya lalu berkata, “Sama-sama! Kita sama-sama diberi tangan dua.”
Semua orang-orang yang mendengarnya diam termenung membenarkan bahawa setiap orang setiap waktu di mana saja dalam keadaan apa saja selalu boleh bersyukur kerana kebaikan Allah SWT.
Pernah ada seseorang mengalami kecelakaan di jalan, tangan kanannya putus dan harus diamputasi! Walaupun begitu, dia masih bersyukur, “Alhamdulillah” bahawa dia masih diizinkan hidup.
Setiap orang setiap waktu di mana saja dalam keadaan apa saja selalu boleh bersyukur kerana kebaikan Allah SWT. Masya’ Allah.
Orang-orang yang terzalimi dan fakir miskin lebih cenderung bersyukur kepada Allah SWT sekecil apapun yang mereka peroleh, kerana hanya kebaikan Allah lah yang mereka ada untuk diandalkan.
Orang-orang yang kaya raya cenderung lupa bersyukur kepada Allah SWT kerana mereka terbiasa mengandalkan harta dan kesenangan-kesenangan yang mereka miliki.
Benarlah sabda Sayidina Nabi Allah Isa bin Maryam,
هَنِيئًا لَكُمْ أَيُّهَا الْمَسَاكِينُ، لأَنَّ لَكُمْ مَمْلَكَةَ اللهِ. 21 هَنِيئًا لَكُمْ يَامَنْ تَجُوعُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تُشْبَعُونَ. هَنِيئًا لَكُمْ يَامَنْ تَبْكُونَ الآنَ، لأَنَّكُمْ سَوْفَ تَضْحَكُونَ. 22 هَنِيئًا لَكُمْ إِذَا أَبْغَضَكُمُ النَّاسُ، وَإِذَا رَفَضُوكُمْ وَشَتَمُوكُمْ وَأَهَانُوا اسْمَكُمْ بِاعْتِبَارِ أَنَّكُمْ أَتْبَاعُ ابْنِ الإِنْسَانِ كَأَنَّهُ عَارٌ.
Masya’ Allah!
Maknanya, tengoh di www.ya-rahman.com terjemah Kitab Allah Injil Syarif Surah Luqa (Lukas) 6:20-22.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |