Sebelum Rasulullah lahir, sudah ada banyak orang-orang yang membaca Taurat, Zabur, Injil.
Taurat, Zabur dan Injil adalah kitab-kitab Allah sebelum Rasulullah lahir. Jadi tidak hairan, apabila termaktub di QS Yunus [10]:94 …
10|94|فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
10|94| Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turukan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.
Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil baik dalam bahasa aslinya atau terjemahnya semuanya menyatakan bahawa لا إِلَهَ إِلا اللهُ tidak ada ilah selain Allah.
Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil baik dalam bahasa aslinya atau terjemahnya semua menyatakan bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang dan Maha Adil.
Disebutkan di dalam Kitab Zabur 103:6-8 …
6 اللهُ يَعْمَلُ الْحَقَّ وَالْعَدْلَ لِكُلِّ الْـمَظْلُومِينَ.
7 عَرَّفَ مُوسَى طُرُقَهُ, وَعَرَّفَ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَعْمَالَهُ.
8 اللهُ رَحْمَانٌ رَحِيمٌ, اللهُ حَلِيمٌ وَمُحِبٌّ جِدًّا.
Tuhan menjalankan kebenaran dan keadilan bagi semua yang tertindas.
Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa, perbuatannya kepada kaum Isra’il (orang-orang yang berseru memohon pertolongan kepada Allah). Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Orang-orang yang membaca Kitab-Kitab Allah sebelum Rasulullah tersebut adalah orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah.
Mereka bahkan memilih mati daripada meninggalkan keyakinan tauhid mereka kepada Allah. Mereka adalah Bani Isra’il yang asli dan Hawariyyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa. Mereka tawadu’ kepada semua utusan-utusan Allah. Mereka dizalimi oleh Kaisar Rom dan pemerintah bonekanya semacam Sultan Herod dan Imam Qayafas yang adalah bentuk prototype Zionisme ketika itu. Mereka dizalimi di kampung halaman mereka sendiri yaitu Tanah Suci Yerushalayim Al Qudsi.
Orang-orang yang membaca Taurat, Zabur dan Injil itulah yang dimaksud dalam QS Al Hajj [22]:40 …
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
22|40| Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang, dan juga tempat-tempat bersujud yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Orang-orang yang membaca Taurat, Zabur dan Injil tersebut dizalimi dan harus berhijrah mengungsi ke Semenanjung Arab dari Yaman, Madinah sampai Mekah.
Disebutkan di QS Ali ‘Imran [3]:113 …
3|113| لَيْسُوا سَوَاءً ۗ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ
3|113| Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang tetap istiqamah mereka membaca ayat-ayat Allah pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan solat).
Umat Nabi Musa tersebut memang memiliki kebiasaan solat. Dalam kitab yang bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd. Yusoof dan Noor Naemah Abd. Rahman, halaman 6 – 9 disebutkan kisah-kisah pengungsi-pengungsi bani Isra’il yang mulia dan menjunjung tinggi keyakinan tauhid sehingga Allah lebih membela dan melindungi pengungsi-pengungsi bani Isra’il ini daripada penyembah-penyembah Dewa Api di Yaman.
Ketika Rasulullah belum lahir, bulan Ramadan sudah dirayakan orang-orang di Semenanjung Arab dan Kaabah sudah ada kerana Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Isma’il. Namun oleh orang-orang Mekah, Kaabah pada masa itu dipenuhi dengan berhala orang-orang Mekah ketika itu. Orang-orang Bani Isra’il menjaga kemurnian tauhid di sekitar Kaabah. Ketika itu, banyak orang penyembah berhala bertawaf mengelilingi Kaabah. Orang-orang Bani Isra’il sebenarnya ingin bertawaf mengelilingi Kaabah, tapi kerana Kaabah pada masa itu dipenuhi dengan berhala disekelilingnya, pengungsi-pengungsi Bani Isra’il tersebut merasa tidak sepatutnya tawaf dalam keadaan itu.
Kerana Kaabah ketika itu begitu dikelilingi oleh banyak hal-hal syirik yaitu berhala-berhala orang orang Mekah ketika itu, Abrahah seorang Raja yang takzim kepada Yang Mulia Almasih Isa bin Maryam merasa sangat perihatin dengan Kaabah yang dicemarkan oleh berhala-berhala orang Mekah. Raja Abrahah tersebut memaksa orang-orang Arab penyembah berhala di sekeliling Kaabah untuk tidak lagi pergi ke Kaabah. Namun suku-suku Arab yang penyembah berhala-berhala di sekeliling Kaabah marah besar dan menyerang Raja Abrahah. Raja Abrahah tidak takut pada siapapun kecuali takut pada Abdul Muttalib, datuk Muhammad. Abdul Muttalib tahu bahawa yang membina Kaabah pada zaman dahulu adalah Nabi Ibrahim dan Isma’il yang dilindungi Allah. Jadi menurut, Abdul Muttalib, Tuhan Allah lah yang akan memurnikan Kaabah dan yang akan menjaga Kaabah.
Sama seperti yang dilakukan Raja Abrahah, di hari kemudian, Muhammad juga didorong oleh keprihatinan yang sama eat ingin memurnikan Kaabah dengan cara menyingkirkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.
Sama seperti Raja Abrahah, Muhammad pun juga dilawan dan diperangi oleh penyembah-penyembah berhala di sekeliling Kaabah.
Muhammad akhirnya berhasil menghancurkan berhala-berhala disekeliling Kaabah. Muhammad berkata,
“Hapuslah seluruh gambar di sekeliling Kaabah kecuali yang dibalik tanganku ini yaitu gambar Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam.”
(Lihat Al-Azraqi, Akhbar Makkah, vol 1, hal 165.)
Itulah maruah dan semangat orang-orang yang takzim dan tawadu’ kepada Yang Mulia Almasih Isa bin Maryam yang daripada Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |