Isa itu bak ubat. Ubat yang manjur. Isa ubat yang manjur.
Ubat seringkali disimbulkan bagaikan ular yang meliliti tiang. Simbol ini sudah dipakai orang jahiliyah puluhan ribu tahun yang lalu bahkan sebelum Masihi di Kota Kuno Ephesus yang sekarang di negara Turki.
Ular adalah hewan yang sangat berbisa. Simbol ular meliliti tiang adalah simbol ubat yang manjur dan sangat mujarab.
Gambar di atas adalah prasasti di Zaman Prasejarah yang masih tetap ada di Kota Kuno Ephesus. Ketika itu orang-orang tidak menyembah ilah yang disembah Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Simbol ular yang melililiti tiang yang adalah simbol ubat yang mujarab yang dirindukan oleh orang-orang yang punya problem.
Problem yang mendera umat manusia adalah malu. Mengenai malu, ada ungkapan orang Melayu,
“Lebih baik putihnya tulang daripada putihnya mata. Lebih mati daripada menanggung malu.”
Ungkapan orang Melayu di Pulau Madura, “Malo tadha’ tambanah” yang ertinya, “Malu tidak ada ubatnya.” Ungkapan-ungkapan itu menyatakan bahawa penyakit yang diderita manusia adalah rasa malu.
Malu adalah rasa tidak boleh bersyukur yang sangat kronis. Putihnya mata sudah tidak boleh disyukuri lagi, malah putihnya tulang yang dirindukan. Hidup sudah tidak ada gunanya lagi, jadi, kematianlah yang dirindukan. Sudah terlanjur malu. Begitu kata orang. Fitnah Dajjal penyebab orang menjadi merasa terlanjur malu.
Jadi tidak hairan, simbol ular yang meliliti tiang sudah dibuat orang sejak zaman dahulu kala untuk mengungkapkan kerinduan manusia akan ubat yang mujarab untuk mengubati sakit yang diderita manusia. Sesungguhnya umat manusia sungguh sangat merindukan ubat yang manjur dan mujarab.
Allah ilah yang disembah oleh Nabi Musa tentu juga sangat tahu tentang apa yang menjadi kerinduan umat manusia. Sebenarnya kerana fitnah-fitnah yang daripada Dajjal lah yang membuat manusia menjadi malu. Kerana malu manusia menjadi mengeluh dan bersungut-sungut dan memilih untuk bunuh diri dan menumpahkan darah.
Disebutkan di Kitab Allah Taurat Surah Al ‘Adadi (Bilangan), disebutkan Fir’aun yang zalim menzalimi Bani Isra’il. Bani Isra’il adalah keturunan Nabi Ya’qub yang oleh Allah diberi gelar ISRA’IL yang ertinya “berjihad mencari pahala dari Allah.” Bahkan di dalam Kitab Al Qur’an ada satu surah yang bernama Surah Bani Isra’il yaitu surah ke 17 juz ke 15. Bani Isra’il penuh dengan penderitaan sebab kebengisan-kebengisan Fir’aun kepada Bani Isra’il, namun Allah yang maha pengasih dan penyayang membela dan membebaskan Bani Isra’il dari tangan Fir’aun yang keji. Namun, setelah bebas dari Fir’aun, Bani Isra’il justeru menjadi khilaf dan menjadi mengeluh dan mengeluh dan mengerutu, “Hidup dipimpin Fir’aun jauh lebih seronok daripada hidup dipimpin Allah.” Begitu gerutu Bani Isra’il walau Allah sudah membebaskan mereka dari Fir’aun.
Allah ilah yang disembah oleh Nabi Musa mengazab Bani Isra’il kerana Bani Isra’il sudah sangat termakan fitnah Dajjal dan sangat menjadi malu sampai-sampai mereka tidak boleh mensyukuri ni’mat-ni’mat daripada Allah bagi mereka. Tidak boleh bersyukur atas ni’mat Allah adalah dosa yang sangat besar kepada Allah. Allah ilah yang disembah oleh Nabi Musa mengazab Bani Isra’il yang sudah termakan fitnah Dajjal tersebut dengan cara mendatangkan ular-ular yang mengigit orang-orang yang tidak boleh bersyukur tersebut.
Tengok kisah itu di Tarjamah Kitab Taurat (Bilangan) 21:4-9 …
4 Kemudian umat Bani Isra’il meninggalkan Gunung Hor dan mengikut jalan yang menuju ke Teluk Akaba untuk mengelilingi tanah Edom. Tetapi di tengah jalan mereka hilang sabar, 5lalu bersungut-sungut terhadap Allah dan Musa. Mereka berkata, “Mengapakah kamu membawa kami keluar dari Mesir untuk mati di padang gurun ini? Di sini tidak ada makanan ataupun air. Kami muak dengan makanan yang tawar ini!” 6Kemudian TUHAN mendatangkan ular-ular berbisa di tengah-tengah mereka dan banyak orang Bani Isra’il mati dipatuk ular. 7Umat Bani Isra’il datang kepada Musa dan berkata, “Kami berdosa ketika kami bersungut-sungut terhadap TUHAN dan terhadap kamu. Berdoalah kepada TUHAN supaya ular-ular ini dijauhkan daripada kami.” Maka Musa berdoa kepada TUHAN untuk umat itu. 8Setelah itu TUHAN menyuruh Musa membuat seekor ular daripada logam dan memasangnya pada sebatang tiang, supaya sesiapa yang dipatuk ular boleh memandang ular daripada logam itu, lalu sembuh. 9Kemudian Musa membuat seekor ular daripada gangsa lalu memasangnya pada sebatang tiang. Setiap orang yang dipatuk ular akan sembuh jika memandang ular daripada gangsa itu.
Aneh sekali ternyata ilah yang disembah Nabi Musa juga memakai simbol kemanjuran dan kemujaraban yaitu ular yang meliliti tiang yang adalah ubat dari Yang Di Atas. Apapun yang daripada Allah Yang Maha Tinggi selalu manjur dan mujarab.
Sampai sekarang tiang ular itu masih ada Gunung Nebo Jordania sebagai simbol bahwa yang daripada Allah selalu manjur dan mujarab yang mengubati apapun malu yang mendera manusia.
Sebagaimana ular diangkat oleh Musa di gurun, begitulah Putera Insan akan diangkat supaya semua yang percaya kepada-Nya mendapat hidup yang kekal.
(Tarjamah Injil Surah Yahya 3:14-15.)
Tersebut di QS Maryam [19]:33 …
19|33| Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula”.
QS Ali Imran [3]:55 …
3|55| (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu menjadi lebih mulya derajadnya daripada orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”
Kalau nak tak malu, takdzimlah kepada Yang Mulia Isa kerana Yang Mulia Isa daripada pada Allah Yang Maha Tinggi.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |