Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Di alam daar, yakni, di alam sebelum ditakdirkan menjadi makhluk yang terlahir, sudah ada ketetapan antara Al-Khalik Pencipta dengan segala calon-calon ciptaan atau makhluk sebelum terlahir. Ketika sudah ditakdirkan menjadi terlahir, ketetapan di alam daar itulah yang wajib dilaksanakan di alam dunia, itu terus terasa di dunia dan terus dinilai di dunia dan dipertanggung-jawabkan sampai ke alam akhirat.

Disebutkan di Qur’an Surah Al-Baqarah [2]:28

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Ketika ditakdirkan menjadi makhluk yang terlahir, manusia memiliki HATI. Apa sesungguhnya HATI itu?

Ketika berbicara tentang keyakinan, banyak orang-orang di Nusantara mendengar dan berbicara perihal HATI.

HATI bukanlah berkenaan dengan badan manusia. HATI bukan jasmani. HATI bukan fizikal. HATI bukan organ tubuh manusia. HATI bukanlah jantung yang dalam tubuh manusia yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Manusia diseluruh dunia suka pantun dan ibarat, kiasan. Ungkapan JANTUNG HATI adalah ibarat yang bererti, ‘orang yang sangat dikasihi’. HATI bukanlah organ tubuh yang dalam Bahasa Inggris disebut liver. Liver ialah organ besar dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan dan tugasnya ialah mengeluarkan hempedu serta membersihkan darah. Banyak orang di Nusantara dan Arab suka makan liver binatang, hati ayam, hati lembu, hati kambing. Mereka suka makan liver binatang. Dalam ilmu ukhrowi, HATI bukan liver.

Tidak lain mengenai HATI itulah, kitab-kitab Timur Tengah macam Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an menyebut,

levav

qalb atau nafs.

Itu semua bermakna ‘HATI’, tentunya bukan organ badan.

Lihat Kitabullah …

HATI adalah pusat segala perasaan. HATI adalah pusat daripada segala ilmu yang kita cari.

Nabi Sulaiman berkata:

to ‘aruchat yarok ve’ahavah shem mishshor ‘avus vesinah vo

Lebih baik makan sayur tetapi disertai kasih sayang, daripada makan daging lazat tetapi disertai kebencian.

Suhuf Amsal Sulaiman 15:17.

Lidah adalah organ. Tentu lidah suka rasa lazatnya daging. Namun orang apabila diberi makan daging, tapi dengan yang tidak sopan dan penuh kebencian. Maka bagi orang itu, rasa sayur yang diberi dengan kasih sayang akan lebih terasa ni’mat. Itu membuktikan bahwa manusia itu bukan hanya BADAN, namun juga berwujud:

  • AKAL
  • PERASAAN
  • BUDI KEBIJAKSANAAN
  • MARUAH KEHORMATAN (NAFS) atau JIWA

Keberadaan manusia ditandai adanya:

  1. [Akal] Cenderong berusaha merindukan materialistik.
  2. [Perasaan] Cenderong berusaha merindukan pokok-pokok dan daun-daunan dan buah-buahan.
  3. [Budi kebijaksanaan] Cenderong berusaha merindukan binatang dan dagingnya.
  4. [Maruah kehormatan] Cenderong berusaha merindukan keseronokan-keseronokan dan hiburan-hiburan jasmani.
  5. Ingin marah [amarah]
  6. Ingin bergaduh dan membunuh [aluamah]
  7. Ingin dipertuan dan diagung-agungkan dan ingin menjadi mulia dan kaya-raya [sufiyah]
  8. Ingin khusuk dalam ugama [mutmainah]
  9. Badan, berjihad mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalamnya tersebut dengan cara ikhlas melakukannya.
  10. Badan terbukti mementingkan apa yang dipentingkan Roh Allah atau Nafas Ilahi [Rohani].
  11. Badan terbukti mementingkan sifat sayang dan rindu [Rahmani].
  12. Badan terbukti mementingkan sifat ketuanan daripada Al-Khalik dan menunjukkan kuasa ilahi [Rabbani] رَبَّانِـيّٖنَ

Silaturahmi antara keberadaan batiniyah dan keberadaan jasmaniah dinilai dan dirasakan oleh siapapun dan oleh apapun sampai selama-lamanya. Semoga badan kita mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalamnya tersebut dengan cara ikhlas melakukannya di titik pertemuan yang sudah ditetapkan, iaitu, di al-Masih yang disebut Isa.

Jadi keberadaan segala ciptaan itu bukan hanya dalam wujud Badan Jasmaniah yang nampak, namun juga dalam wujud yang tidak nampak:

  • AKAL
  • PERASAAN
  • BUDI KEBIJAKSANAAN
  • MARUAH KEHORMATAN (JIWA)

Dalam bahasa Semitik Timur Tengah, iaitu, Ibrani Suryani dan Arab, silaturahmi antara keberadaan batiniyah dan keberadaan jasmaniah itu disebut

.

Menurut Al-Qur’an Surah Al-Baqarah [2]:48 dan An-Nisa’ [4]:1 …

boleh bererti sendiri-sendiri [individually] dan juga boleh bererti bersama-sama sebagai umat manusia [communally].

Orang-orang Nusantara, khususnya di Pulau Jawa dan Pulau Madura yang berjumlah 120 juta, menyebutnya DULUR 4, 5 BADAN. ‘4 saudara, nombor 5 badan’. Ertinya, di dalam satu wujud yang nampak itu selalu ada empat wujud yang tidak nampak, iaitu, akal, perasaan, budi kebijaksanaan dan Maruah kehormatan [jiwa]. Orang-orang Nusantara juga menyebut kesatuan yang utuh tersebut sebagai HATI.

HATI atau

adalah pusat silaturahmi wujud-wujud tersebut baik di dalam badan sendiri mahupun di dalam segala badan. Badan adalah pelaksana apa yang disepakati dalam silaturahmi di dalam badan sendiri mahupun di dalam segala badan.

BADAN boleh menjadi penat dan tertidur dan bahkan mati. Namun hati atau

tidak pernah penat dan tidak akan pernah tidur dan tidak akan pernah mati. Dan sesungguhnya, tidur itu adalah mati kecil. Hal itu disebutkan di QS.Az-Zumar [39]:42 dan Al-An’am [6]:60-61.

Di dalam dua ayat di atas, disebut kata wafat dua kali, yakni pada kata “yatawaffakum” yang ertinya ‘menyebabkan mati’, juga pada kata “tawaffathu” yang bererti “diwafatkan”. Perihal mati itu dijelaskan dalam Qur’an Surah Az-Zumar ayat 42, “Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sampai waktu yang ditentukan.”

Hanya badan yang mengalami mati kecil dan mati besar. Hati atau

atau jiwa akan terus ada dan dipertanggung-jawabkan di dunia sampai di alam akhirat.

Sebelum lahirnya Muhammad, orang-orang Arab tidak pernah berpandangan bahawa ada hidup setelah mati.

Sebelum lahirnya Muhammad, pandangan orang-orang Arab tentang kematian adalah, “Mati ya mati-lah selama-lamanya, tidak ada kehidupan setelah kematian. Habis sudah. Mampus. Tamat.

Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an dan para nabiullah a.s. dan nabi terakhir Muhammad s.a.w. semua meyakini bahawa masih ada kehidupan setelah kematian!

Kabar Baik daripada Qur’an adalah: Qur’an menjelaskan bahwa ada beberapa alam:

  1. Alam Daar (ALAM MAUT ke satu)
  2. Alam dunia atau alam makhluk (ALAM HAYAT ke satu)
  3. Alam Barzah atau Alam Kubur (ALAM KUBUR atau ALAM MAUT ke dua. Dan sebenarnya tidurpun juga mati, tapi mati kecil)
  4. Alam Akhirat atau Alam Kekal (ALAM HAYAT ke dua dan selama lamanya)

Hati atau

atau silaturahmi antara keberadaan batiniyah dan keberadaan jasmaniah tentu dinilai dan dirasakan oleh siapapun dan oleh apapun sampai selama-lamanya di dunia bahkan di akhirat sekalipun. Setiap makhluk tidak boleh lepas dari empat alam tersebut.

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, ketika pasukan kaum Muslim pulang dari Perang Uhud, Rasulullah s.a.w berpesan, “Kita baru pulang dari jihad yang kecil menuju jihad yang besar, yaitu jihad melawan hawa nafsu.”

Ketahuilah, hanya Nabi Isa yang berjaya berjihad membuktikan bahawa BADAN boleh mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalam BADAN, baik badan sendiri mahupun segala badan, dengan cara ikhlas melakukan apa yang sudah disepakati dalam silaturahmi antara keberadaan batiniyah yang tidak nampak dan keberadaan jasmaniah yang nampak.

Hadis sahih menyebutkan semua bayi ketika lahir menangis kerana dipengaruhi atau dicubit Syaitan kecuali Putera Maryam. Sejak dari lahirnya, Hanya Nabi Isa lah yang berjaya membuktikan bahawa BADAN boleh mengatasi ketetapan silaturahmi

Di dalam badan sendiri dan segala badan, walaupun ketetapan silaturahmi tersebut tidaklah mudah.

Hanya Nabi Isa yang berjaya membuktikan bahawa BADAN boleh …

  • mementingkan apa yang dipentingkan Roh Allah atau Nafas Ilahi [Rohani]
  • mementingkan sifat sayang dan rindu [Rahmani]
  • mementingkan sifat ketuanan daripada Al-Khalik dan menunjukkan kuasa ilahi [Rabbani]

Al-Masih Isa wajib diikuti makhluk dengan penuh JIHAD agar boleh menikmati pertemuan dengan Al-Khalik.

Al-Masih Isa berjaya membuktikan bahawa badan boleh mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalamnya.

Al-Masih Isa berjaya berjihad membuktikan bahawa badan boleh melaksanakan apa yang telah disepakati di dalam silaturahmi di dalam badan baik di dalam badan diri sendiri mahupun di dalam segala badan. Jihad al-Masih Isa itu sungguh berjaya sampai-sampai al-Masih Isa selalu difitnah oleh al-Masih Dajjal yang iri.

Disebutkan di Qur’an Surah Ali Imran [3]:79

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang bulat-bulat berserah diri kepada Allah dan sepenuhnya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Termaktub di dalam Kitab Qur’an bahawa Sayidina Isa berjihad dan akhirnya berjaya membuktikan bahawa badan boleh mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalam-Nya dan di dalam segala badan. Itulah jihad yang berjaya mencapai tingkatan atau maqom tauhid yang tinggi

yakni ilmu dan amal tauhid yang sempurna. Hanya Isa yang ditanya Allah,

“Benarkah kau meninggi-ninggikan dirimu dan ibumu melebihi Yang Maha Tinggi?”

Qur’an Surah Al-Ma’idah [5]:116

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

Qur’an Surah Al-Ma’idah [5]:117

“Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu’ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka selama aku berada dengan mereka; kemudian apabila Engkau mewafatkanku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

Qur’an Surah Al-Ma’idah [5]:72

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibni Maryam”. Padahal al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.

Hanya Nabi Isa yang berjaya berjihad membuktikan bahawa BADAN boleh

  • mementingkan apa yang dipentingkan Roh Allah atau Nafas Ilahi [Rohani]
  • mementingkan sifat sayang dan rindu [Rahmani]
  • mementingkan sifat ketuanan daripada Al-Khalik dan menunjukkan kuasa ilahi [Rabbani]

Al-Masih itu badan yang berjihad mencapai tingkatan ilmu dan amalan tauhid tinggi Rabbani

yang adalah pelajaran, bersifat tua, izin ilahi, reda ilahi, fitrah ilahi kerana Rabb. Itulah yang berlaku di dalam jihad yang dijalani oleh Nabi Isa. Jadi, Allah tidak pernah dikudeta oleh al-Masih. Al-Masih berjaya berjihad membuktikan bahawa BADAN boleh melaksanakan apa yang telah disepakati di dalam silaturahmi di dalam badan, baik di dalam badan diri sendiri mahupun di dalam segala badan. Al-Masih berjihad untuk mencapai maqom tingkatan rohani, rahmani, rabbani.

Al-Masih mementingkan rohani dan ukhrowi. Al-Masih berjihad demi menjadi rahmani kerana Allah, dan mementingkan dan mengutamakan ketuanan daripada Al-Khalik dan menunjukkan kuasa ilahi. Semua itu kerna reda dan izin ilahi.

Al-Masih Isa berkata barangsiapa yang mengikuti beliau wajib berjihad mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalam badan sendiri mahupun di dalam segala badan. Itulah pengorbanan yang tidak sombong, tidak angkuh, tidak semena-mena dan tidak zalim kepada siapapun dan kepada apapun di dalam badan sendiri, mahupun di dalam segala badan, bahkan tidak semena-mena dan tidak zalim kepada musuh sekalipun. Al-Masih Isa sayang pada siapapun yang berjihad kerana beliau juga berjihad mengatasi segala kecenderongan dan keinginan di dalam badan sendiri mahupun di dalam segala badan.

Al-Masih Isa adalah JIHAD menjaga fitrah atau nurani yang Al-Khalik taruh di dalam silaturahmi yang berlaku di setiap makhluk termasuk umat manusia. Al-Masih Isa berjaya berjihad menjaga fitrah atau nurani daripada Al-Khalik itu.

Di dalam Al-Masih Isa adalah tempat bertemunya silaturahmi antara Al-Khalik dan mahkluk-Nya.

Ibrahim pasti sudah mengetahui pentingnya silaturahmi antara …

  • AKAL
  • PERASAAN
  • BUDI KEBIJAKSANAAN
  • MARUAH KEHORMATAN (JIWA)

di dalam badan, baik badan sendiri mahupun di dalam segala badan.

Makhluk bukan hidup hanya kerana nasi sahaja, namun hidup kerana sebab Kalimat Allah.

Makhluk lebih baik menolak menikmati makanan pemberian raja apabila makanan azat itu tidak menyebabkan makhluk melaksanakan ketetapan silaturahmi di dalam badan sendiri mahupun segala badan, yakni, bertemu dengan Al-Masih Isa yang ibaratnya adalah tempat pertemuan yang telah ditetapkan di alam daar. Bukan emas permata yang kita berikan kepada fakir miskin yang membuat si fakir merasa lega, namun keikhlasan dan sayang kita kepada orang-orang fakirlah yang membuat orang-orang fakir itu lega dan bergembira.

Ibrahim yang memiliki visi atau hidayah daripada Al-Khalik PASTI sudah tahu kenyataan tentang pentingnya silaturahmi yang sudah ditetapkan itu. Ibrahim tinggalkan segala kenikmatan yang diinginkan akal, perasaan, budi kebijaksanaan dan maruah kehormatan jiwanya, lalu Ibrahim HIJRAH demi pelaksanaan yang sudah disepakati oleh akal, perasaan, budi kebijaksanaan dan maruah kehormatan jiwanya, iaitu, HIJRAH menuju al-Masih Isa yang sudah ditetapkan dan disepakati oleh Al-Khalik dan segala makhluk-Nya sejak di alam daar. Ibrahim berharap dan berdoa semoga akal, perasaan, budi kebijaksanaan dan maruah kehormatan daripada keturunan-keturunannya akan selalu berjihad mementingkan dan menolong al-Masih Isa sesuai yang sudah disepakati di alam daar antara Al-Khalik dan makhluk.

Disebutkan di Qur’an Surah Ali Imran [3]:45

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan, didekatkan (di sisi Allah).

Ketetapan itu dibuat di alam daar atau alam takdir sebelum ciptaan dan mahluk ada di bumi ini.

Qur’an Surah Ali Imran [3]:81

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firman-Nya): “Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.”

Hanya Nabi Isa yang memohon pertolongan, “Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?” Menolong Nabi Isa bererti melaksanakan kesepakatan di alam daar antara Al-Khalik dan makhluk-Nya. Menolong Nabi Isa bererti sungguh-sungguh mengamalkan nasihat dan ikrar para nabiullah untuk melaksanakan perjanjian setia di alam daar.

Qur’an Surah Ali-Imran [3]:52

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugama-Nya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong setia Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

Qur’an Surah Maryam [19]:21

Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagi-Ku; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Siapakah Isa itu? Tak berbapak? Bin Maryam. Biasanya Bin __________ (diikuti nama Bapa).

Untuk menjawab pertanyaan tentang siapakah Isa itu? Lebih afdol kita wajib terlebih dahulu menyadari tentang adanya alam-alam. Di alam daar, di alam dunia, dan di alam akhirat. Jadi soalan, siapakah Isa itu kena dipastikan terlebih dahulu di alam yang mana?

Di alam daar, disebutkan juga di Kitabullah Injil Surah Yahya 1:1-4 tentang Kalimah Allah namanya Al-Masih Isa.

Pada mulanya adalah Kalimah. Kalimah itu bersama-sama dengan Allah dan Kalimah itu adalah Allah.

Kalimah itu pada mulanya bersama-sama dengan Allah. 

Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatupun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan.

Dalam Dia ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia.

Siapakah Isa di Alam Dunia ini atau di alam lahir ini?

Tersebut di Kitabullah Injil, Surah Yahya 1:14

Kalimah itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya,  yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh nikmat atau kasih karunia  dan haq kebenaran.

Disebutkan juga di Qur’an Surah Ali Imran [3]:45 tentang seorang manusia yang bernama Isa bin Maryam yang bergelar al-Masih, yang sesungguhnya adalah Kalam nafsi daripada Allah.

Al-Khalik berkuasa penuh dan boleh menyatakan diri dalam cara atau alat apapun yang dikehendaki-Nya.

Qur’an Surah Maryam [19]:17

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Menyamar diri sebagai seorang lelaki yang sempurna pernah dipakai oleh Al-Khalik sebagai cara menyatakan diri-nya atau nafs-Nya.

Al-Masih Isa berjaya berjihad membuktikan bahawa badan boleh melaksanakan apa yang telah disepakati di dalam silaturahmi di dalam badan baik di dalam badan diri sendiri mahupun di dalam segala badan.

Oleh Yang Maha Kuasa, Isa, oleh Allah, diberi bayan bukti-bukti yang nyata, yakni, kehaqiqian dan Isa, oleh Al-Khalik, juga diperkuat dengan Rohul Qudus.

Di Kitabullah Injil dan Qur’an Surah Ali-Imran [3]:49 menyebutkan bahwa Isa boleh mengadakan mukjizat.

Isa membuat tanah berbentuk burung dan Isa meniup tanah, dan tanah itu menjadi makhluk, iaitu, seekor burung.

Isa menyembuhkan orang buta sejak lahirnya.

Isa menyentuh orang najis sakit kusta, dan orang kusta itu menjadi sembuh dan tahir dan suci.

Isa menghidupkan orang mati.

Isa memberitahu apa yang kita makan, alias, boleh memberitahu rizqi kita.

Isa memberitahu apa yang kita simpan atau apa yang kita rahsiakan atau siri-kan atau sembunyikan.

Isa muqarabbin (didampingkan, didekatkan, di sisi Al-Khalik).

Itu semua adalah kerana izin Al-Khalik, taufik dan reda Al-Khalik, dan kerana diberi kuasa dan wewenang oleh Al-Khalik Yang Maha Kuasa. Itu sahaja! Tidak ada yang pelik. Bahwa Isa punya kuasa, YA, tapi Isa tidak pernah mengaku bahwa dialah satu-satunya Yang Maha Kuasa. Isa tidak pernah mengaku bahawa dia tidak perlu Yang Maha Kuasa. Disebutkan di Kitabullah Injil surah Matta 6:9 dan Qur’an Surah Al-Ma’idah [5]:114, Isa justru mengakui bahawa Al-Khalik lah sumber segala kekuatan dan kuasa dan memohon kepada Yang Maha Kuasa tersebut.

Tapi walaupun bermujizat dengan izin Allah, hanya Isa yang masih dicurigai dan menjadi korban salah faham sebab fitnah Dajjal. Isa hampir direjam batu oleh orang orang Yahudi suk yang menyalah fahaminya. Sebagai bukti jihad, Isa dengan tegas menjawab orang orang Yahudi suk yang marah kepada nya:

Tercatat di Kitab Injil Surah Yohanna 10:28-40 …

28 Aku memberi mereka hidup yang kekal. Mereka tidak akan binasa. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada tangan-Ku. 98 Bapa-Ku yang mengurniakan mereka kepada-Ku lebih besar daripada siapapun. Tiada siapa dapat merampas mereka daripada Bapa. 30 Bapa dan Aku adalah satu.’

31 Selepas itu orang Yahudi yang hadir pun memungut batu sekali lagi untuk merejam Isa. 32 Tetapi Isa berkata kepada mereka, ‘Aku telah banyak melakukan perbuatan baik yang diserahkan Bapa kepada-Ku. Perbuatan manakah yang mendorong kamu merejam-Ku?’

33 Orang Yahudi itu menjawab, ‘Kami hendak merejam Kamu bukan kerana perbuatan-Mu yang baik, tetapi kerana Kamu mengkufuri Allah. Kamu hanyalah seorang manusia, tetapi Kamu menganggap diri-Mu ilahi!’

34 Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah tersurat di dalam hukum Taurat kamu: Allah berfirman, “Kamu ilahi”? 35 Jika Allah menyebut orang sebagai “ilahi” kerana firman Allah ditujukan kepada mereka, (apa yang tersurat di dalam kitab itu tidak dapat dibatalkan) 36 bagaimana dengan Dia yang telah disucikan dan diutus ke dunia oleh Bapa? Wajarkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku berkata, “Aku Putera Allah”? 37 Andainya Aku tidak melakukan kehendak Bapa, janganlah percaya kepada-Ku. 38 Tetapi jika Aku melakukannya, percayalah kepada apa yang Kulakukan, kalaupun kamu tidak percaya kepada-Ku. Dengan demikian akan fahamlah kamu bahawa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa.’ 39 Mereka mencuba lagi menangkap Isa, tetapi Isa dapat melepaskan diri dari tangan mereka.

40 Isa kembali ke seberang Sungai Yordan lalu tinggal di tempat Yahya mengimadkan orang dahulu.

Ayat 34 di atas …

أَجَابَهُمْ عِيسَى: “وَرَدَ فِي كِتَابِكُمْ أَنَّ اللهَ يَقُولُ: أَنْتُمْ آلِهَةٌ.

Isa berkata kepada mereka, ‘Tidakkah tersurat di dalam Kitab Taurat kamu: Allah berfirman, “Kamu ilahi”?

Setiap hal yang dilakukan manusia adalah suratan ilahi, fitrah ilahi, kerana izin ilahi, reda ilahi!

Dalam bahasa Yunani Kitabullah Injil surah Yahya 10:34 disebutkan,

(Theoi este) ‘kamu ilahi’

Dalam bahasa Ibrani Suryani Kitabullah Zabur 82:6 disebutkan,

(Elohim attem ben Elyon) ‘kesemua kamu adalah anak Yang Maha Tinggi’.

Ertinya, setiap makhluk adalah izin ilahi. Izin ilahi atau reda-Nya itulah yang wajib kita cari. Izin ilahi atau keredaan Allah itulah bukti yang nyata Hadirat Allah.

Sebenarnya jawaban Isa itu hanya sekedar mengingatkan pantun atau peribahasa di Kitab Zabur 82:6

.

Elohim attem ben Elyon

kesemua kamu adalah anak Yang Maha Tinggi’.

Kesemua kamu hakikatnya adalah izin Yang Maha Tinggi.

Izin Yang Maha Tinggi itu boleh diibaratkan sebagai anak Yang Maha Tinggi.

Izin-Nya. Reda-Nya. Keredaan-Nya. Itulah yang diibaratkan sebagai anak Yang Maha Tinggi. Berpunca daripada Yang Maha Tinggi. Bersumber daripada Yang Maha Tinggi. Berasal daripada Yang Maha Tinggi. Izin-Nya. Reda-Nya. Keredaan-Nya itulah yang berpunca daripada Yang Maha Tinggi.

Sama seperti pantun atau peribahasa Jawa dan Nusantara:

Kacang Ora Ninggal Lanjaran”

‘Buah jatuh tidak jauh dari pohonnya’.

Arti peribahasa:

Sifat anak sama atau tidak jauh berbeza dengan orangtuanya.

Dalam diri setiap manusia, ada fitrah ilahi, ada izin ilahi.

Makhluk adalah bukti yang nyata akan adanya Al-Khalik. Bahkan Al-Khalik menyebut manusia sebagai khalifah fil ard ‘Wakil-Nya di bumi’.

Pantun atau peribahasa di Kitab Zabur 82:6.

Elohim attem ben Elyon.

Buah jatuh tidak jauh dari pohonnya.

Makhluk tidak beza dengan Khaliknya.

Sayidina Ali berkata,

man arofa nafsa huu faqod arofa robba hu

sesiapa yg mengenal dirinya maka pada hakikatnya dia benar-benar mengenal Tuhannya atau Khaliq-nya.

Sesiapa yang berjaya berjihad membuktikan bahawa BADAN boleh mengatasi ketetapan silaturahmi,

Di dalam badan sendiri dan segala badan, walaupun ketetapan silaturahmi tersebut tidaklah mudah, sungguh orang tersebut mencapai maqam [Rabbani]

Setiap manusia tinggi derajatnya kerana mengikut penciptanya yang TINGGI derajatNya.

Namun,

semua manusia penuh dengan salah dan khilaf dan lupa sehingga derajad manusia menjadi turun.

Hanya Isa yang berjaya berjihad menjaga derajat tinggi daripada Yang Maha Tinggi tersebut.

Al-Masih Isa berjaya berjihad membuktikan bahawa badan boleh melaksanakan apa yang telah disepakati di dalam silaturahmi di dalam badan, baik di dalam badan diri sendiri, mahupun di dalam segala badan. Jihad al-Masih Isa menjadi amat penting bagi manusia dan penting untuk diingat oleh manusia dan diamalkan.

Disebutkan di Qur’an Surah Al-A’raf [7]:26-28, Allah telah memberi pakaian kepada manusia yang badannya telah memakan buah larangan itu. Untuk badan, Allah memberi libaasayyuwaari ‘pakaian yang menutupi tubuh yang melanggar’ menutupi sau’a atau aurat jasmaninya, (kedagingannya yang seronok, kemaluannya), dengan pakaian kulit kambing, sarung, jilbab, kebaya dll.

Tapi Allah juga telah memberi pakaian penutup kepada manusia yang punya akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang terinjak-injak dan kotor sampai berani-beraninya mengambil dan memakan buah larangan itu. Pakaian libaasayyuwaari (pakaian yang menutupi akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang terinjak-injak dan kotor yang penuh pelanggaran). Pakaian yang menutupi sau’a atau aurat atau kebodohannya akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang mengambil buah terlarang. Pakaian yang menutupi akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang terinjak-injak dan kotor tersebut disebut taqwa dalam wujud KALIMAH ALLAH asmanya Al-MASIH ISA.

Disebut di Qur’an Surah Al-A’raf [7]:26-27 …

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.

Disebutkan di Qur’an Surah Al-Baqarah [2]:37

Kemudian Nabi Adam menerima Kalimah dari Tuhannya, lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Menyelamatkan satu manusia yang difitnah oleh Dajjal bererti menyelamatkan seluruh umat manusia. QS.Al-Ma’idah [5]:32, BIN ADAM pasti menerima KALIMAH ALLAH, lalu Dia pun menerima tobatnya. ISA Al-MASIH ADALAH KALIMAT ALLAH PAKAIAN TAKWA bagi akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang terinjak-injak dan kotor tersebut.

Dengan ikhlas menerima Kalimah Allah al-Masih Isa sebagai pakaian takwa bagi akal fikiran, perasaan, budi, maruah yang terinjak-injak dan kotor tersebut, maka segala macam sakit hati jadi sembuh. Dengan ikhlas menerima Kalimah Allah al-Masih Isa, maka yang ada adalah mawadah kepada siapapun atau apapun yang membingungkan. Dengan Kalimah Allah al-Masih Isa kamu malah tidak membingungkan siapapun atau apapun yang membingungkan mu. Bukan hanya tabah, sabar ketika disakiti atau dibohongi atau dikhianati, janji, tidak kelihatan mata. Tapi apabila disakiti atau dibohongi ata dikhianati walau kelihatan di depan mata sekalipun masih boleh memaafkan orang orang yang menyakitimu di depan mata itu. Itu pasti kerana Isa al-Masih Kalimat Allah telah menutupi dan menyembuhkan segala sakit hati.

Di Alam Akhirat, siapakah Isa?

Tersebut di QS. Maryam [19]:33 dan Ali Imran [3]:55, An-Nisa [4]:153-159.

Isa diwafatkan, masuk ke alam qubur dan kemudian dihidupkan kembali menuju ke alam bumi ini dan disucikan dan diangkat kembali kepada Allah, dan efeknya, Allah lah yang menyebabkan orang orang akhirnya menjadi sopan dan tawaduk mengikuti Isa dan, oleh Allah, orang orang yang disebabkanNya menjadi sopan mengikuti Isa tersebut, oleh Allah, ditinggikan derajatnya menjadi mulia hingga hari kiamat sugra dan qubra.

Tersebut di QS.Maryam [19]:33

Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari kelahiranku, pada hari wafatku, dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali.”

Tersebut di QS.Ali Imran [3]:55

(Ingatlah), ketika Allah berfirman, “Wahai Isa! [Inni mutawafika] Aku mewafatkanmu mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku, serta menyucikanmu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir hingga hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.”

Orang Muslim yang tawadu’ mengikuti Baginda Isa akan melakukan perkara-perkara yang lebih besar daripada perkara-perkara yang dilakukan orang-orang Kristian, namun bahkan lebih besar daripada perkara-perkara yang dilakukan Baginda Isa, kerana sekarang Baginda Isa sudah kembali ke Asalnya. Berkata Sayidina Isa di Kitabullah Injil, Surah Yahya 14:12

Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, orang yang percaya kepada-Ku akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang sama seperti yang Kulakukan, bahkan pekerjaan-pekerjaan yang lebih besar daripada itu, kerana Aku pergi kepada Sang Bapa.

QS.Az-Zukhruf [43]:63-64 …

Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan), dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari yang kamu berselisihan padanya. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. “Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia; inilah jalan pintas yang terdekat”.

Kita punya hanya dua pilihan. Al-Masih Isa bermata dua atau al-Masih Dajjal bermata satu. Semua nabi mendukung al-Masih Isa kerana perihal al-Masih Isa itu sudah ditetapkan dan sudah disepakati sebagai perjanjian setia sejak di alam daar.

QS.Ali Imran [3]:55-56 …

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu memiliki derajad lebin tinggi di atas orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”. Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

Ada hadis mutawatir yang tidak boleh diperdebatkan menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Isa bin Maryam akan datang kembali ke bumi ini. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah berkata, “Tidak ada selain Al-Masih Isa yang ditetapkan boleh membunuh al-Masih Dajjal”. (Hadis Abu Dawud Ath-Thayalisi).

Syeikh Mutawalli Sya’rawi, ulama besar Islam menyatakan dalam buku beliau yang bertajuk Alaamaat Al-Qiyaamah Al-Kubraa diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia bertajuk ‘Kemunculan Nabi Isa, Imam Mahdi dan Dajjal’ bahawa al-Masih Dajjal akan memusuhi Al-Masih Isa yang disebut sebagai pahlawan dari Yang Maha Tinggi untuk menyelamatkan dan melindungi umat manusia dari kejinya fitnah al-Masih Dajjal. Al-Masih Dajjal bermata satu. Sedangkan Al-Masih Isa bermata dua. Untuk menyatakan apa yang sesungguhnya sedang berlaku, orang-orang di dalam tamadun Arab cukup menyebutkan antitesis atau nama musuh yang amat menzalimi mereka untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yg seim­bang dengan sahabat yang setia menghargai mereka.

Mereka amat yakin al-Masih Dajjal musuh paling zalim yang penuh fitnah itu dibunuh oleh Al-Masih Isa.

Nabi Muhammad s.a.w. selalu menyebutkan antitesis atau nama musuh itu ketika memanjatkan doa di dalam solat beliau:

Alloohumma innii a’uuzu bika min ‘azaabi jahanam, wa min ‘azaabil qobri, wa min fitnatil mahyaa wal mamaati, wa min fitnah al masiih ad dajjaal

Ya Tuhan, aku berlindung pada Mu dari jahanam, dan dari siksa kubur dan dari fitnah di bumi dan fitnah ketika mati dan dari kejinya fitnah yang dikirim oleh al-Masih Dajjal.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator