البار
Maha Bagus, Sumber Segala Kelebihan, Yang banyak membuat kebajikan;
iaitu banyak kebaikan-Nya dan besar kenikmatan yang dilimpahkan-Nya.
Ya Bar (البار) adalah kata yang berasal dari Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani.
… yang bererti,
‘penggilapan anak panah dengan cara digosok sampai gilap dan tajam.’
Dan juga bererti mengadabkan seseorang atau suatu kaum menjadi maju dan bertamadun, maju tingkat kehidupan baik jasmani dan rohani.
Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani …
… juga adalah kata untuk menyatakan sifat ilahi bahawa Yang Ilahi itu sungguh maha bagus, sumber segala kebajikan iaitu banyak kebaikan-Nya dan besar kenikmatan yang dilimpahkan-Nya.
Dalam Bahasa Arab dan Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, barra (بَرَّ) dan …
… memiliki pelafasan dan makna yang hampir sama. Keduanya bererti,
“sungguh-sungguh bagus dan sungguh-sungguh baik.”
Dalam Terjemahan Bahasa Yunani Taurat, Zabur dan Injil digunakan katharos,
… yang juga bererti …
‘amalan pemandian atau upacara pemandian jenazah di mana jenazah dimandikan dan dibersihkan, disucikan.’
Dalam Bahasa Arab, barra (بَرَّ) yang bererti “sungguh-sungguh bagus dan sungguh-sungguh baik” itu digunakan juga untuk menyebut Yang Ilahi yang bersifat sungguh-sungguh bagus dan sungguh baik.
Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, hidup yang bersih, murni suci dan amalan-amalan yang bagus seringkali juga disebut,
atau (صِدِيق) ṣidiq dalam Bahasa Arab.
Dalam Bahasa Inggris, nama daripada Yang Ilahi diambil dari sifat baik daripada Yang Ilahi.
Dalam Bahasa Inggris, sifat Yang Ilahi adalah ‘GOOD’ maka, dalam Bahasa Inggris, nama daripada Yang Ilahi adalah, ‘GOD.’
Dalam Bahasa Arab, sifat daripada Yang Ilahi adalah ‘BARRA’ (بَرَّ) maka, dalam Bahasa Arab, nama daripada Yang Ilahi adalah Ya Bar (اَلْبَار).
Nabiullah Isya’ya dan Nabiullah Irmiya sering berbicara mengenai proses penggilapan anak panah yang dengan cara digosok sampai gilap dan tajam. Nabi Isya’ya mengibaratkan dirinya bagai anak panah yang gilap ‘di dalam tarkas tabung tempat menyimpan anak panah.’ Tarkas adalah ibarat rahim ibunya. Ibaratnya, dia pernah ada di dalam rahim ibunya. Berada di dalam rahim ibu adalah bagai anak panah di dalam tarkas. (Suhuf Isya’ya [Yesaya] 49:2.)
Nabiullah Irmiya mengingatkan seruan untuk berjuang berjihad,
“Tajamkan anak panah sampai gilap!” Suhuf Irmiya 51:11.
… ertinya ‘penggilapan anak panah dengan cara digosok sampai gilap dan tajam’ dan juga bererti ‘banyak membuat kebajikan dan kebaikan.’
… juga memiliki makna perihal amalan-amalan yang untuk beribadah kepada Yang Ilahi. Disebutkan di dalam suhuf-suhuf Ibrani Suryani.
Buatlah pembawa-pembawa perkakas Bait Allah menjadi lebih bagus dan khusuk lagi. (Suhuf Isya’ya [Yesaya] 52:11.)
Buatlah pemusik-pemusik itu menjadi lebih bagus dan khusuk lagi. (Suhuf Akhbarilayamil Awal [1 Tawarikh] 16:41.)
Buatlah kambing-kambing korban yang lebih bagus lagi. (Suhuf Nahamya 5:18.)
Itu semua dibuat lebih bagus lagi agar ibadah di Baitullah menjadi lebih khusuk lagi.
Hamba-hamba Allah macam Ayub, Daud, Shofanyā [Zephaniah] semuanya memohon kepada Yang Ilahi membersihkan dan mensucikan lidah mereka, tangan mereka, qalbu mereka dan bibir mereka agar mereka dapat beribadah kepada Yang Ilahi dengan lebih khusuk …
- Suhuf Ayub 33:3
- Zabur 24:4
- Suhuf [Shofanyā] Zephaniah 3:9
Sayidina Isa membuat para pengikut-pengikut setianya hairan. Sayidina Isa rela menjadi hamba bagi para pengikutnya. Sayidina Isa mengabdi kepada para hawariyyun tersebut dengan cara membasuh kaki para pengikut-pengikutnya tersebut. Sayidina Isa melakukan itu beberapa jam sebelum beliau dikhianati oleh salah satu pengikutnya.
Salah satu hawariyyun yang bernama Butrus al-Hawari merasa pelik melihat Sayidina Isa mengabdi kepadanya dengan cara membasuh kakinya. Butrus al-Hawari tidak tega melihat Sayidina Isa mengabdi kepadanya. Butrus al-Hawari merasa terbalik!
Butrus al-Hawari bahkan tidak terima Sayidina Isa melakukan sesuatu yang biasanya dilakukan seorang hamba. Namun Sayidina Isa terus melakukan sesuatu yang biasanya dilakukan seorang hamba.
Kepada para pengikut-pengikutnya tersebut, Sayidina Isa berkata,
“Barangsiapa yang sudah mandi tidak perlu membasuh lagi, hanya kaki sahaja yang perlu dibasuh,”
… kemudian anehnya Sayidina Isa berkata bahawa di antara para pengikutnya itu, ada satu yang tidak sungguh-sungguh bersih. Sayidina Isa berkata begitu kerana beliau sudah merasa akan dikhianati oleh salah satu hawariyyun yang bernama Yahuda al-Qoryuti. (Kitab Injil Surah Yahya 13:11.)
Sayidina Isa pernah mengadakan percakapan dengan orang-orang yang merendahkan beliau tentang perlu tidaknya membasuh bahagian yang luar atau yang lahir. Pernah pada suatu ketika, Sayidina Isa didebat oleh seorang ahli ibadah Bani Isra’il. Ahli ibadah itu mempertanyakan mengapa Sayidina Isa tidak membasuh tangan sebelum makan malam. Kemudian Sayidina Isa dengan tegas menjawab,
فَقَالَ لَهُ الرَّبُّ: “أَنْتُمُ الْفَرِّيسِيِّونَ تُنَظِّفُونَ الْكَأْسَ وَالصَّحْنَ مِنَ الْخَارِجِ، وَلَكِنَّكُمْ مِنَ الدَّاخِلِ مَمْلُوءُونَ مِنَ النَّهْبِ وَالْفَسَادِ.
“Kamu ahli ibadah Farisiyin ibaratnya membasuh bahagian luar pinggan mangkuk, tetapi kamu penuh dengan ketamakan dan kazaliman dalam hatimu.”
Dalam suatu percakapan tentang pembasuhan bahagian luar daripada alat-alat untuk ibadah dan pembasuhan tangan, Sayidina Isa justeru mengingatkan apa yang pernah dikatakan oleh Nabiullah Isya’ya di zaman dahulu kala.
6 فَأَجَابَهُمْ: “يَا مُنَافِقُونَ! كَانَ إِشَعْيَا عَلَى حَقٍّ لَمَّا تَنَبَّأَ عَنْكُمْ بِقَوْلِ اللهِ فِي الْكِتَابِ: هَذَا الشَّعْبُ يُكْرِمُنِي بِشَفَتَيْهِ، أَمَّا قَلْبُهُ فَبَعِيدٌ عَنِّي.
Isa menjawab, “Tepat sekali kata-kata Nabi Isya’ya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: “Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.”
(Terjemahan Bahasa Arab dan Melayu Kitab Injil Surah Marqusa [Markus] 7:6.)
Mandi adalah amalan ugama yang dilakukan oleh orang-orang beriman di masyarakat Bani Isra’il dan juga dilakukan oleh orang-orang dari bangsa tidak berkhatan apabila mereka menjadi beriman tauhid Baitul Maqdis di Tanah Suci Yerusalim.
Sayidina Isa juga menghargai amalan mandi ini, bahkan Sayidina Isa sendiri juga melakukan amalan mandi ini. Nabi Yahya menyaksikan Sayidina Isa melaksanakan amalan mandi ini. (Kitab Injil Surah Matta 3:1-13.)
Amalan mandi ini tidak lain adalah simbol atau tanda akan keterbatasan manusia di hadapan Yang Ilahi. Dalam amalan mandi ini, manusia mengakui segala keterbatasannya di hadapan Yang Ilahi. (Kitab Injil Surah Matta 3:6.)
Amalan mandi adalah siraman air. Amalan mandi terjadi terlebih dahulu sebelum siraman rohani oleh Roh Allah sendiri. (Kisah Hawariyyun 1:5-6 dan 2:1-21.)
Bulus al-Hawari adalah ahli ugama Bani Isra’il. Namun ketika Bulus menjadi insaf akan sikap kasar dan tidak sopannya kepada Sayidina Isa, Bulus merasa hal itu membuktikan dia tidak faham bahawa sesungguhnya Sayidina Isa juga daripada Allah dan bahawa Sayidina Isa adalah ketetapan Yang Ilahi.
Jadi jelas tidak mungkin khusuk beribadah ke Allah namun bersikap merendahkan Sayidina Isa dan tidak peduli kepada Sayidina Isa. Oleh kerana itulah Bulus merasa khilaf dan amat terbatas di hadapan Yang Ilahi. Oleh kerana itulah, ketika Bulus menjadi tawaduk dan takzim kepada Sayidina Isa, Bulus al-Hawari melakukan amalan mandi yang adalah siraman air itu. (Kisah Hawariyyun 22:16.)
Setelah itu, Bulus al-Hawari menyatakan bahawa para hawariyyun ditebus atau ditutupi segala kekurangan dan keterbatasannya dan dibersihkan disucikan oleh Almasih daripada Allah dan dibersihkan, digilapkan dimurnikan oleh air iaitu Kalam Ilahi. (Suhuf Efesus 5:25-26.)
Munajad:
Wahai Yang Ilahi penebus dan penutup segala keterbatasan, pembersih segala aib dan khilaf, tidak ada kesungguh-sungguhan kecuali yang Engkau karuniakan kepada hamba.
Peliharalah hamba semoga keadaan batin hamba tetap murni dan terus-menerus sungguh-sungguh kerana Engkau, wahai Yang Ilahi.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |