اَلْوَاسِع
Yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa pada-Nya dan Yang Maha Luas Pemberian-Nya;
iaitu kerahmatan-Nya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmu-Nya terhadap segala sesuatu.
Tuhan Allah Yang Maha Pengampun adalah memang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa pada-Nya dan Maha Luas Pemberian-Nya, iaitu kerahmatan-Nya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmu-Nya terhadap segala sesuatu.
Tuhan Allah lah yang melakukan itu semua.
اَلْوَاسِع /al-wasi’
yang bermakna,
“Yang Maha Luas Pemberian-Nya, iaitu kerahmatan-Nya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.”
Di dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil berbahasa Bani Isra’il dan Suryani, tidak ada kata yang sama persis seperti
اَلْوَاسِع /al-wasi’.
Namun di dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil ada beberapa ayat yang mengesankan bahawa Tuhan Allah itu sungguh maha luas dan maha melapangkan اَلْبَاسِط /al-basit dalam memelihara isinya alam ini.
اَلْوَاسِع /al-wasi’ itu bahasa Arab.
Dalam Bahasa Ibrani ada kata yang hampir mirip dengan,
اَلْوَاسِع /al-wasi’, iaitu,
yang ertinya,“keselamatan.”
Di Zaman al-Anbiya’ pra-Islam, penyebutannya adalah,
Allah al-Yasu’
الله اَلْ يَسُوْع
yang ertinya,
“Allah Penyelamat.”
Al-Yasu’ /اَلْ يَسُوْع/ ertinya, Allah Pemberi Rahmat Keselamatan.
Orang-orang Bani Isra’il menyebut Putra Maryam itu,
Setelah Nabi Musa meninggal dunia, kepemimpinan Musa diambil alih oleh orang yang bernama,
Kedua kata dalam Bahasa Ibrani tersebut akar katanya sama yang bererti,
Allah Penyelamat.
Dalam melafazkan Bahasa Ibrani tersebut, lidah orang-orang Arab cenderong melafazkan konsonan ‘Y’ dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani itu menjadi ‘W’ dalam Bahasa Arab. Dan konsonan ‘SH’ dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani menjadi ‘S’ dalam Bahasa Arab. Jadi YESHUA, oleh orang-orang Arab, seringkali dilafazkan WĀSI’ وَاسِع.
Orang-orang Arab Kristen Koptik menyebut Putra Maryam itu,
YASU’ /يَسُوْع/ atau WĀSI’ /وَاسِع/.
Lebih cenderong mirip Bahasa Ibrani,
Namun dalam Bahasa Suryani Negeri Syam, Putra Maryam disebut,
Lidah orang-orang Arab Muslim ketika melafaskan nama Putra Maryam dalam Bahasa Suryani itu menjadi,
عِيْسَى /’ĪSĀ.
Jadi EASHOA’, oleh orang-orang Arab Muslim, seringkali dilafazkan,
عِيْسَى /’ĪSĀ.
Lebih cenderong mirim Bahasa Suryani Negeri Syam. Nama Putra Maryam itu,
/YESHUA/ atau /يَسُوْع/YASU’ atau /وَاسِع/WASI’
atau
yang ertinya,
ALLAH PENYELAMAT atau ALLAH LAH YANG MENYELAMATKAN.
Itulah sekilas tentang perbezaan perbezaan bahasa dalam melafazkannya. Namun seringkali ada perbezaan-perbezaan cara dalam mengagung-agungkan atau memuliakan Putra Maryam tersebut.
Ada yang memuliakan beliau dengan mengibaratkan beliau dalam Bahasa Suryani bagaika,
bar elaha,
yang ertinya,
PUTRA ALLAH YANG ILAHI,
sebagai ibarat Kalimah Allah yang bersifat kalam nafsi, yakni, bersifat kekal di dalam Allah.
Kitab Al-Quran juga memiliki cara yang unik dalam memuliakan atau mengagung-agungan Putra Maryam itu. Lain dengan orang-orang Yahudi suk yang menyebut Putra Maryam sebagai Syaitan dan Penipu, Al-Quran justeru memuliakan Putera Maryam sebagai:
- NABI dan RASUL ULUL AZMI (QS Al Baqarah [2]:136)
- Diperkuat dengan RUHUL QUDUS (QS Al Baqarah [2]:253)
- ALMASIH yang ASLI bukan ALMASIH DAJJAL (QS Āli Imrān [3]:45)
Quran bahkan menyebut Putera Maryam itu sebagai:
- KALIMAH ALLAH dan TERKEMUKA di DUNIA dan di AKHIRAT dan MUQARRABIIN (dekat dengan Allah) (QS Āli Imrān [3]:45)
- SIRAT AL-MUSTAQIM (QS Zukhruf [43]:61), dan, oleh Allah, diberi INJIL (QS Al Hadid [57]:27)
- QUULALHAQ, yang ertinya PERKATAAN YANG BENAR (QS Maryam [19]:34)
Bahawa Allah memberi keselamatan sebagai kerahmatan-Nya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu dengan cara mengutus Penyelamat yang daripada Allah itu sudah lama ada, bahkan sebelum lahirnya Putera Maryam Almasih Isa.
Ingatkah kamu, umat Allah Bani Isra’il merdeka daripada kezaliman Raja Fir’aun dan keluar dari Kerajaan Fir’aun kerana adanya keajaiban samudera yang terbelah menjadi dua dan menjadi jalan lewatnya umat Allah Bani Isra’il dari kezaliman Raja Fir’aun. Itulah keajaiban bukti keselamatan dari Tuhan Allah.
“Hari itu, Tuhan Allah menyelamatkan Bani Isra’il daripada Raja Fir’aun yang zalim.”
(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah al-Khuruj (Keluaran) 14:30.)
Nabi Musa sebelum meninggal dunia sudah meramalkan adanya seorang nabi yang akan menyampaikan Kalimah Allah. Nabi itu sama-sama berasal dari Bani Isra’il, sama seperti Nabi Musa pun juga Bani Isra’il.
Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah at-Tasniyati (Ulangan) 18:15.
Ada pula seorang nabi Allah yang bernama Nabi Isya’ya (Yesaya). Beliau menyampaikan Kabar Yang Melegakan bahawa Penyelamat yang daripada Allah itu berasal daripada garis keturunan Raja Daud atau Nabi Daud dan diperkuat dengan Ruhul Qudus atau Roh Allah.
1| Keturunan Raja Daud seperti pokok yang sudah ditebang. Tetapi sebagaimana tunas baru tumbuh pada tunggul pokok, demikian juga seorang raja yang baru akan muncul daripada keturunan Raja Daud.
2| Kuasa Tuhan Allah akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya. Dia mengenal kehendak Tuhan Allah dan menghormati Dia.
3| Dia suka mentaati Tuhan Allah. Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang ataupun berdasarkan kata orang.
4| Dia menghakimi perkara orang miskin dengan adil, dan membela hak orang yang lemah. Dengan perintahnya bumi dihukum, dan orang jahat akan dibinasakan.
5| Dia akan memerintah umatnya dengan adil dan jujur.
6| Serigala akan tinggal dengan domba, dan harimau bintang akan berbaring di samping anak kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan bersama-sama, dan kanak-kanak akan menjaga semuanya.
7| Lembu dan beruang akan makan bersama-sama, dan anak lembu akan berbaring di samping anak beruang. Singa akan makan rumput seperti lembu.
8| Bahkan bayi tidak akan cedera, apabila bermain dekat ular berbisa.
(Terjemahan Bahasa Melayu Kitabul Anbiya’ Surah Isya’ya (Yesaya) 11:1-8.)
Hadis Nabi pun juga membuktikan bahawa itu haq dan benar adanya.
Dalam hadis Abu Umamah yang panjang Rasulullah s.a.w. bersabda, “… lalu Isa bin Maryam turun pada umatku sebagai hakim yang adil dan imam yang bijaksana, dia menghapuskan hukuman mati salib, menghalalkan sebahagian yang diharamkan, mematikan babi, menghapus jizyah, membiarkan sedekah kambing dan onta tidak ada yang mau menerima, kebencian dan permusuhan dihapuskan. Binatang beracun ditarik racunnya sehingga seorang bocah memasukkan tangannya ke dalam mulut ular dan itu tidak membahayakan dirinya, seorang bocah perempuan melewati singa tetapi singa itu tidak mengganggunya, srigala berada di antara kambing seperti anjing yang menjaganya. Bumi dipenuhi keselamatan seperti bejana dipenuhi oleh air.
Kemudian manusia akan hidup dalam suatu kenikmatan yang belum pernah mereka rasakan sebab Nabi Isa akan memadamkan segala sebab peperangan. Maka terhapuslah rasa dengki, iri, permusuhan dan diangkat segala bisa (racun) dari semua binatang berbisa, sehingga seorang bayi perempuan tidak akan tersakiti apabila ia memasukkan tangannnya ke mulut ular, anak-anak akan bermain dengan singa-singa dan binatang-binatang buas sedangkan itu semua tidak akan menyakiti mereka, serigala akan berada di tengah-tengah gerombolan kambing seakan-akan ia adalah anjing penjaganya, Bumi akan mengeluarkan keberkatannya, langit akan menurunkan kebaikannya.
Harta akan melimpah sehingga tidak ada seorang pun yang akan menerimanya. Sehingga sujud satu kali saja kala itu jauh lebih baik dari dunia dan isinya.”
(HR Ibnu Majah no. 4128. dan al. Hakim 4/436-437, dia menshahihkannya dan disetujui oleh adz. Dzahabi, HR Bukhari.)
Raja yang amat sabar itu sungguh berani berkorban demi rakyatNya dan mengabdi kepada rakyatNya. Raja itu adalah ALMASIH yang rela berkorban sampai mati, namun akhirnya berjaya memperoleh kemenangan hidup kembali dan diangkat kembali kepada Allah setelah menjalani amalan berkorban sampai mati bagaikan haiwan korban.
(Terjemahan Bahasa Melayu Kitabul Anbiya’ Surah Isya’ya (Yesaya) 53:4 dan seterusnya.)
Disebutkan di akhir Kitab Zabur 22 bahawa yang ditakdirkan bernasib mengalami ajal seperti haiwan korban itu justeru akan menyelamatkan umat walaupun umat belum lahir sekalipun (ayat 31).
Kitab Injil Surah Yahya dimulai dengan Kalimat Allah yang bersifat kalam nafsi yang kekal bersama dengan Allah. Kalimah Allah yang bersifat kalam nafsi itu belum maujud namun sudah ada bersama dengan Allah kerana Kalimah Allah bersifat kekal. Kalimah Allah itu akhirnya maujud menjadi manusia namanya Almasih Isa bin Maryam.
(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Yahya 1:1 dan Yahya 1:14.)
Di akhirnya hayatnya, Yahya al-Hawari dengan lantang dan berani menyatakan,
“Aku, Yahya, saudara dan teman senasibmu dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Sayidina Isa.”
Suhuf Wahyu 1:9.
Munajat:
Hamba sungguh bersyukur kepada-Mu, ya Allah Yang memberi keselamatan sebagai kerahmatan ilahi kepada hamba. Ya Allah, Engkau telah membuktikan pemberian keselamatan-Mu dengan cara mengikhlaskan Kalimah-Mu, ya Allah, merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmu-Nya terhadap segala sesuatu dengan cara mengutus Penyelamat yang daripada Allah itu yang tidak dapat hamba lupakan dari sekarang sampai selama-lamanya. Itulah ilmu kekal daripada Engkau ya Allah untuk hamba.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |