Tausiyah hari ini dan sikap mental orang yang berjihad sejati untuk berjuang dan berpihak kepada kebenaran yang fundamental dan konservatif dan tidak mudah dihasut dan dikalahkan oleh tekanan pujuk rayuan syaitan dajal yang menyamar sebagai malaikat penegak pembawa kebenaran dan penegak keadilan. Padahal sesungguhnya dia dajal itu adalah penipu, pembohong dan pendusta yang nyata.
Hari ini adalah hari jumaat di mana umat Islam menjadikannya hari ibadah raya untuk solat jumaat berjemaah di setiap masjid. Hari jumaat ini juga adalah Jumaat agung bagi umat Nasrani merayakan Paskah. Namun sejak pandemik Covid-19 menerpa dunia sudah hampir dua bulan masjid-masjid, surau, majlis taklim bahkan Ka’abah tempat suci Mekah yang sering didatangi puluhan bahkan ratusan juta orang setiap tahun dan setiap saat, untuk saat ini menjadi sepi dan hampir ditutup dan kosong.
Coronavirus membawa hikmah, bahawa ibadah ritual itu rapuh dan huru-hura atas nama Tuhan itu semu, bahwa simbol dan upacara agama itu banyak yang hanya menjadi topeng dan komoditi dagangan sahaja. Ketika korona datang, manusia dipaksa untuk mencari Tuhannya, bukan di masjid, bukan di solat Jumaat, bukan di majlis taklim, bukan di majlis zikir dan bukan pula di Qa’aba di Masjidil Haram di Mekah. Melainkan di dalam kesendirian insani, pada mulut insani yang terkunci, pada hakikat yang sunyi senyap, pada keheningan insani yang bermakna. Coronavirus mengajarkan umat insani bahawa Tuhan itu bukan semata-mata pada keramaian, bukan pula pada ritual semata. Tetapi, Tuhan itu ada pada keputusasaan umat insani dengan dunia yang penuh kerosakan dan berpenyakit.
Coronavirus datang untuk memurnikan iman dan ketaatan umat insani kepada Tuhannya. Bahawa tidak boleh ada yang tersisa. Kecuali Tuhan itu sendiri. Tidak ada lagi indoktrinasi yang menjajah nalar insaniah. Tidak ada lagi huru-hura untuk memperdagangkan dan mempermainkan nama Tuhan. Kini saatnya, datangi Tuhan-mu, temui dan kenali DIA dalam relung jiwa yang paling hening. Kerana DIA ada di dalam hati nurani insani itu sendiri. Tuhan itu hubungan peribadi dan sangat peribadi.Temukan DIA di saat teduhmu di mana hanya engkau bersama dengan-Nya. Sesungguhnya kerajaan Tuhan ada dalam setiap insan. Hati orang beriman adalah rumah Tuhan. Biarkanlah hanya Tuhan yang ada di dalam hati nurani setiap insan. Biarkanlah nurani insanimu yang berbicara. Semoga kita boleh belajar dan mengambil hikmah daripada Coranavirus ini.
Selamat merayakan Jumat agung. Al-Masih memberkati.
Ustaz M. Faridz Al-Salmani
Artikel sebelum ini | Blog Ustaz Faridz | Artikel selepas ini |