Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Petikan dari Kitab Injil: Lukas 16:19-32.

19‘Ada seorang kaya yang berpakaian mahal-mahal dan hidup dalam kemewahan setiap hari. 20Ada pula seorang peminta sedekah bernama Lazarus yang penuh dengan pekung. Dia selalu dibawa ke muka pintu rumah orang kaya itu. 21Dia ingin mendapat sisa-sisa makanan yang dibuang dari meja orang kaya itu. Anjing pula datang menjilat pekung-pekungnya.

22‘Peminta sedekah itu mati dan malaikat-malaikat membawanya ke sisi Ibrahim di syurga. Orang kaya itu pun mati lalu dikebumikan. 23Dia menderita di alam maut. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Ibrahim jauh di sana dan Lazarus di sisinya. 24Dia berseru, “Bapa Ibrahim, kasihanilah aku dan suruh Lazarus datang mencelupkan jarinya di dalam air untuk menyejukkan lidahku kerana aku sengsara di dalam nyala api ini.”

25‘Tetapi Ibrahim berkata, “Anakku, ingatlah bahawa engkau telah menikmati kesenangan pada masa hidupmu, tetapi Lazarus mengalami kesengsaraan. Sekarang Lazarus senang di sini tetapi engkau menderita. 26Selain itu, terdapat satu jurang yang dalam di antara kami dengan kamu supaya orang yang hendak menyeberang dari sini kepada kamu tidak dapat berbuat demikian, dan orang dari sana tidak dapat menyeberang kepada kami.”

27‘Orang kaya itu berkata, “Jikalau begitu, aku memohon, ya bapa, suruh Lazarus ke rumah ayahku 28kerana aku mempunyai lima adik-beradik lelaki. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka supaya mereka tidak datang ke tempat sengsara ini.”

29‘Ibrahim berkata, “Mereka ada kitab Musa dan nabi-nabi. Biarlah mereka mendengar pengajaran itu.”

30‘Orang kaya itu berkata, “Itu tidak cukup, Bapa Ibrahim. Jikalau seorang antara orang mati pergi kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa-dosa mereka.”

31‘Tetapi Ibrahim berkata, “Jikalau mereka tidak mahu mendengar pengajaran kitab Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya sekalipun seorang bangkit daripada kematian.” ’

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini
Share:

administrator