Apabila manusia belum tahu siapa dirinya yang sebenarnya, sungguh sangat disayangkan. Kerana dari semua ciptaan Allah, manusialah yang paling sempurna. Tapi meskipun paling sempurna, kalau manusia salah langkah dalam kehidupannya, manusia boleh menjadi mahkluk yang paling terhina di hadapan Allah, bahkan manusia pernah putus hubungan silaturahmi dengan Allah kerana dosa yang dilakukan manusia.
Sebagai salah satu manusia di dunia ini, saya dengan insyaf menyadari dan berseru kepada Allah,
“Ya Allah, saya seorang berdosa, yang terpisah jauh dari engkau. Sebab itu, saya layak dihukum kerana dosa saya!”
Bertahun-tahun, manusia putus hubungan silaturahmi dengan Allah, tapi Allah, sungguh maha tahu segala-galanya dan sesuai dengan firman Allah, menurunkan seseorang yang sebelumnya sudah dinubuatkan kedatangannya dan turunnya melalui kejadian yang penuh dengan keajaiban dan mukjizat.
Lahirlah seseorang yang berjihad demi memperbaiki kembali hubungan silaturahmi antara manusia dengan Allah agar menjadi terbina baik balik seperti semula. Dialah Almasih, tidak ada cacat dan dosa, membawa jalan yang lurus dan dengan segala kemurahannya, Almasih rela diqurbankan untuk menjadi kafarah yang menebus dosa-dosa manusia. Justeru dari itulah, segala manusia di lubuk hatinya yang paling dalam selalu rindu untuk renungkan dan cari tahu siapa itu Almasih, kerana manusia belum tahu siapa Almasih yang sebenarnya.
Dahulu di waktu aku masih kecil, tidak pernah aku pikir apa erti dan makna kehidupan. Tapi setelah aku mulai beranjak dewasa, baru aku pikir apa itu kehidupan, dan sering aku bertanya pada diri sendiri apa erti hidup dan kehidupan, serta di jalan mana kehidupanku akan aku bawa dan gunakan, supaya boleh bermakna pada diri sendiri serta pada orang lain. Namun aku dapati aku sering berpikir bahawa sangatlah tidak mungkin kalau aku boleh sempurna tanpa ada satu Jalan serta Petunjuk mengenai apa hidup itu yang sebenarnya dan caranya bagaimana supaya betul-betul boleh dikatakan hidup.
Cukup lama aku mencari jawaban dan cukup susah untuk mendapatkan jawaban itu. Hanya dengan kesabaran dan ketabahan. Alhamdulillah, aku memperoleh jawaban itu, dengan Petunjuk yang aku alami sendiri yang dari sebelumnya memang aku sungguh haqul yaqin akan kebenarannya. Yaitu Jalan Lurus yang dibawa oleh Almasih, yang kedatangannya memang sudah dinubuatkan oleh rasul-rasul Allah sebelumnya bahawa akan datang seseorang yang suci yang akan membawa kabar yang melegakan bagi semua manusia yang takdim kepada Almasih yang daripada Allah tersebut.
Ya Allah, saya seorang berdosa, yang terpisah jauh dari engkau. Sebab itu, saya layak dihukum kerana dosa saya. Namun saya haqul yaqin bahawa Sayidina Isa telah mati sebagai qurban kafarah untuk menebus dosa saya. Dan oleh kerana sebab iman kepada Allah sahaja, Sayidina Isa dihidupkan kembali oleh Allah, sekarang sampai selama-lamanya.
Saya menjemput dan mempersilakan Sayidina Isa untuk menjadi junjungan yang ilahi atas kehidupan saya. Kehidupan saya adalah milikmu, wahai Sayidina Isa. Ampunilah saya akan dosa saya dan bimbinglah saya setiap hari dalam kebenaran. Engkaulah junjungan yang ilahi atas kehidupan saya.
Kerana sangat tepat sekali Sayidina Isa Al-Masih berperan dalam kehidupan saya, Sayidina Isa Al-Masih lalui kehidupan saya dan bangsa saya dengan mukjizat yang dari engkau, Ya Allah. Kedatangan beliau di dunia sangatlah berguna kerana beliau suci tanpa dosa, maka aku mohon padaMu, Ya Allah, berikan aku rahmat Mu, berikan mukjizat akhlak padaku agar aku selama ada di dunia ini boleh menyatu mawwadah tawaduk dan takzim dengan Sayidina Isa dan meyakini dan mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Junjungan yang Ilahi Sayidina Isa Al-Masih. Karena aku sangatlah haqul yaqin akan takdir tuk mencintai Sayidina Isa Al-Masih yang dari Engkau Ya Allah.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |