اَلْمَانِع
Maha Mencegah
Di dalam Kitabullah Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa aslinya iaitu Bahasa Ibrani/Suryani ada kata iaitu,
yang ertinya,
‘menghalang-halangi sesuatu agar jangan sampai keluar.’
Contoh terdapat di Zabur 84:11 …
elohim chen wkhavod yitten yh lo’ yimna’ tov laholekhim btamim
Allah akan memberi kasih kurnia dan kemuliaan;
Allah tidak pernah menghalang-halangi kebaikan agar tidak sampai pada orang yang hidup tulus. Allah pasti melimpahkan kebaikan kepada barangsiapa yang hidup tulus.
‘Menghalang-halangi sesuatu agar jangan sampai keluar’ dalam Kitab Injil Bahasa Yunani adalah,
Bulus Abdulmasih al-Hawari pernah memberitahu jama’ah mengenai siapakah sesungguhnya yang mencegah dan menghalang-halangi di alam semesta ini, sepertinya ada yang mengatur.
Termaktub di Kitabullah Injil dalam Bahasa Yunani Surah 2 Tasalunki 2:6-8, siapakah yang menahan Dajjal sehingga Dajjal tidak dengan leluasa keluar.
kai nun to katechon oidate eis to apokaluphthenai auton en to heautou energeitai tes anomias mohon ho katechon arti heos ek mesou genetai
kai tote apokaluphthesetai ho anormus hon ho kurios Iesous anelei ho pneumati tou stomatos autos kai katargesei te epiphaneia tes parousias autou
Yang bermaksud,
Kini kamu tahu apa yang menahan Dajjal sekarang, iaitu Dajjal itu akan tampil pada waktu yang telah ditentukan baginya. Kuasa rahsia keleluasaan sudahpun mula bertindak. Hanya yang menahan Dajjal sekarang akan terus berbuat demikian sehingga disingkirkan. Kemudian Dajjal leluasa itu akan ternyata dan Sayidina Isa akan membunuh Dajjal dengan hembusan nafas dari mulut-Nya dan membinasakan Dajjal dengan sinar gemilang kedatangan-Nya.
Apa yang menahan dan menghalang-halangi Dajjal keluar?
Tafsir-tafsir masih berbeza pendapat. Sebahagian tafsir menafsirkan Bangsa Rum Raya lah yang menahan Dajjal. Penafsiran William F Arndt dan Wilbur Gingrich dalam buku mereka A Greek-English Lexicon of the New Testament and Other Early Christian Literature menyatakan bahawa kegiatan misi moden atau kegiatan dakwah moden lah yang menahan dan menghalang-halangi Dajjal keluar. Mengenai apa yang menghalang-halangi Dajjal? Masih ada perbezaan pendapat.
Al-Māni’ sepertinya juga bererti bahawa sesungguhnya Allah lah yang menahan segala macam kejahatan jangan sampai keluar dan jangan sampai menjadi-jadi. Sesungguhnya Allah Al-Māni lah yang menahan segala macam fitnah dan kejahatan dan kebohongan agar jangan sampai keluar ke mana-mana.
Pernah pada satu hari, Sayidina Isa memarahi pasukan roh halus yang jahat kerana mereka dengan suara keras menyebut Sayidina Isa adalah Putera daripada Allah kerena mereka sudah tahu bahawa Sayidina Isa lah yang ditetapkan Allah untuk menolong umat manusia yang dizalimi. Namun Sayidina Isa justeru memarahi pasukan roh halus itu dan menyuruh mereka berhenti bersuara keras seperti itu. Oleh Sayidina Isa, pasukan roh halus itu dicegah dan dihalang-halangi bersuara keras seperti itu. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Luqa 4:41.)
Bahawa Sayidina Isa ditetapkan Allah untuk membunuh Dajjal yang menzalimi dan memfitnah umat manusia itu memang sungguh benar adanya. Namun pada awal-awal Sayidina Isa melaksanakan dakwah, Sayidina Isa selalu menghalang-halangi usaha untuk mengumumkan ketetapan ilahi itu kepada khalayak ramai. Namun di tahun-tahun kemudian ketika Sayidina Isa berada di bumi ini, Sayidina Isa pernah menyembuhkan seorang buta dan menyuruh orang buta yang disembuhkannya itu untuk mengumumkan kuasa dan wibawa Sayidina Isa kepada khalayak ramai walau orang ramai tidak suka dan akan memusuhi dia dan kedua orangtuanya. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Yahya 9:24 dst.)
Tuhan Allah pun juga pernah menghalang-halangi dan mencegah sungai-sungai agar berhenti mengalirkan air. (Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Hazkia [Yehezkiel] 31:15.)
Tuhan Allah juga sering mencegah hujan turun. (Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Amus 4:7.)
Tuhan Allah juga sering mencegah matahari untuk berhenti bersinar cerah. (Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Ayub 38:15.)
Namun Tuhan Allah juga sering memberi keredaan-Nya dengan sangat limpah dengan barakah dengan sangat limpah dan hal-hal yang baik dengan sangat limpah kepada umat manusia. Tidak ada yang ditahan, semua keredaan dan barakah-Nya diberikan dengan amat melimpah ruah kepada umat manusia.
Menurut Nabiullah Ezra, Allah sungguh maha memelihara dan maha menjaga dan membela Bani Isra’il dari cengkeraman Fir’aun yang jahat yang menzalimi mereka. Tuhan Allah menolong Bani Isra’il selama perjalanan mereka di padang pasir Bukit Thursina selama 40 tahun. Allah melimpahkan barakah-Nya kepada Bani Isra’il dengan ruah tanpa ada yang ditahan dan tanpa menghalangi-halangi turunnya barakah-Nya itu dan tidak menghalang-halangi keredaan-Nya kepada Bani Isra’il sehingga semuanya berjalan lancar.
Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Nahamya 9:20 …
Demi kebaikan-Mu, Engkau memberitahu Bani Isra’il apa yang harus dilakukan;
Engkau memberi Bani Isra’il roti manna sebagai makanan,
Engkau memberi Bani Isra’il air sebagai minuman.
Dua kali Allah menunda keredaan-Nya untuk mengizinkan dua wanita menjadi hamil.
Sarah isteri Nabi Ibrahim mandul selama bertahun-tahun namun akhirnya hamil dan melahirkan Ishaq. Dan Ishaq akhirnya menjadi nabi pilihan Allah.
Rachil isteri Nabi Ya’qub mandul selama bertahun-tahun namun akhirnya hamil dan melahirkan Yusuf. Dan Yusuf akhirnya menjadi nabi pilihan Allah. (Termaktub di Kitabullah Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 30:2 dan ayat 24.)
ALLAH MAHA MENGATUR. ALLAH MAHA MENCEGAH. ALLAH MAHA MEMBERI DENGAN LIMPAHNYA.
Munajad:
Ya Allah, kemanapun Engkau menuntun hamba, selalu ada tanda-tanda ilahi agar hamba selalu tetap berada di Jalan-Mu, Ya Allah Yang Selalu Mengawasi takdir hamba.
Hamba bersyukur ketika hamba dihalang-halangi oleh Engkau, Wahai Pengawas Takdir. Semoga Ketetapan-Mu yang terlaksana, bukan keinginan nafsu haiwan hamba ini.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |