Petikan dari Kitab Zabur Surah 110.
Mazmur Daud.
1Tuhan berfirman kepada Junjunganku:
‘Duduklah di sebelah kanan-Ku
sehingga Aku menjadikan musuh-Mu
alas kaki-Mu.’
2Tuhan akan menghantar tongkat kekuatan-Mu dari Sion;
memerintahlah di tengah-tengah musuh-Mu.
3Kaum-Mu akan bekerja
sukarela pada masa Engkau berkuasa.
Dalam keindahan kesucian dari fajar pagi,
Engkau memiliki kesegaran embun usia muda-Mu.
4Tuhan telah bersumpah
dan tidak akan mungkir:
‘Engkau menjadi imam untuk selama-lamanya,
menurut peraturan Melkisedek.’
5Junjungan di sebelah kanan-Mu;
Dia akan membunuh raja-raja ketika Dia murka.
6Dia akan menghakimi di kalangan bangsa-bangsa,
Dia akan memenuhi serata tempat dengan mayat,
Dia akan memusnahkan pemerintah banyak negara.
7Dia akan minum air sungai di tepi jalan;
maka Dia akan mengangkat kepala.
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |