Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Di Indonesia ada debat yang terkenal antara Kyai Haji Bahaudin Mudhary versus Antonius Widuri. KH Bahaudin Mudhary adalah ulama Muslim, sedangkan Antonius Widuri adalah seorang Kristian Roman Katolik. Kalau di Malaysia itu Dr Zakir Naik menjawab Nina Grace.

KH Bahaudin Mudhari bertanya kepada Antonius Widuri: “Mengapa awak mengagung-agung Nabi Isa? Apakah kerana Nabi Isa lahir tanpa bapa?”

Antonius Widuri menjawab, “Betul, saya mengagung-agungkan Nabi Isa kerana Nabi Isa lahir tanpa bapa?”

Kemudian KH Bahaudin Mudhary bertanya lagi, “Mengapa awak tidak mengagung-agungkan Nabi Adam juga? Nabi Adam ada tanpa ibu bapa?”

Antonius Widuri merasa pelik untuk menjawab pertanyaan Kyai itu.

Kemudian KH Bahaudin Mudhary bertanya lagi, “Apakah awak mengagung-agungkan Nabi Isa kerana Nabi Isa boleh menyembuhkan orang sakit, dan boleh menghidupkan orang mati?”

Antonius Widuri menjawab, “Betul, betul, saya mengagung-agungkan Nabi Isa kerana Nabi Isa boleh mengadakan mujizat menyembuhkan orang sakit dan menghidupkan orang mati?”

Kemudian KH Bahaudin Mudhary bertanya lagi, “Mengapa awak tidak mengagung-agungkan Nabi Musa dan Nabi Ilyas, Nabi Al Yasa’ juga? Mereka boleh mengadakan mujizat menyembuhkan orang sakit dan boleh membangkitkan orang mati? Mengapa awak tidak tidak mengagung-agungkan mereka juga, mengapa hanya Nabi Isa sahaja yang awak agung-agungkan?”

Antonius Widuri merasa pelik untuk menjawab pertanyaan Kyai itu.

Kemudian KH Bahaudin Mudhary bertanya lagi, “Apakah awak mengagung-agungkan Nabi Isa kerana Nabi Isa meninggalkan bumi ini dengan penuh keghaiban dengan cara menghilang dari bumi ini?

Ertinya, batu nisan beliau sungguh penuh dengan kegaiban?

Antonius Widuri menjawab, “Betul, betul, saya mengagung-agungkan Nabi Isa kerana Nabi Isa akhir hayat dan batu nisannya penuh dengan kegaiban.”

Kemudian KH Bahaudin Mudhary bertanya lagi, “Mengapa awak tidak mengagung-agungkan Nabi Musa dan Nabi Ilyas juga? Akhir hayat Nabi Musa dan Nabi Ilyas juga penuh dengan keghaiban. Batu nisan penuh mereka dengan kegaiban! Mereka diangkat. Mengapa awak tidak tidak mengagung-agungkan mereka juga, mengapa hanya Nabi Isa sahaja yang awak agung-agungkan?”

Antonius Widuri merasa pelik untuk menjawab pertanyaan Kyai itu.

Begitu akhir debat mereka.

Tapi bukan hanya Antonius Widuri sahaja yang merasa pelik untuk memahami pertanyaan tentang mengagung-agungkan Nabi Isa?

Sebenarnya siapa saja pasti akan merasa pelik perihal Nabi Isa! Sebut satu nama sahaja, siapakah di bumi ini di segala zaman yang aspek sijil lahir nya , resume nya, dan batu nisan nya penuh dengan keghaiban dan keajaiban?

Aspek Sijil lahir Aspek Rèsumè Aspek Batu Nisan
Nabi Adam Luar Biasa Biasa Biasa
Nabi Musa Biasa Luar Biasa Luar Biasa
Nabi Ilyas Biasa Luar Biasa Luar Biasa
Nabi Al Yasa Biasa Luar Biasa Biasa
Nabi Isa Luar Biasa Luar Biasa Luar Biasa

HANYA NABI ISA YANG LUAR BIASA ASPEK SIJIL LAHIRNYA, ASPEK RÈSUMÈNYA, ASPEK BATU NISANNYA.

Seperti biasanya orang, Nabi Musa berbapa dan beribu.

Tidak seperti biasanya orang, Nabi Ilyas boleh mengadakan mujizat.

Tidak seperti biasanya orang, Nabi Ilyas menghilang dari bumi kerana diangkat ke langit.

HANYA NABI ISA YANG LUAR BIASA ASPEK SIJIL LAHIRNYA, ASPEK RÈSUMÈNYA, ASPEK BATU NISANNYA.

Sikap Al Qur’an sungguh sangat mengelu-elukan Isa putera Maryam.

Memang sungguh membuat pelik.

Al ‘Aufi dan yang lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al-Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abu Asy-Sya’sa’, As Sudi, Ar-Rabi’ bin Anas, Ad Dahak serta, yang lainnya sehubungan dengan QS Ali Imran ayat 39, yang membenarkan sebuah kalimat dari Allah bahawa yang dimaksud Kalimah Allah ialah Isa bin Maryam.

Ar Rabi’ bin Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang pertama kali percaya kepada Isa. Ibnu Jujaij berkata bahawa Ibnu Abbas pernah mengatakan tentang maksud firman Allah QS Ali Imran ayat 39, yang membenarkan sebuah kalimat dari Allah, Yahya dan Isa adalah saudara sepupu.

Diceritakan Ibu Yahya adalah perempuan mandul yang hamil dan Maryam adalah dara yang hamil. Diceritakan bahawa sebelum Yahya dan Isa lahir, ibu Yahya berkata kepada Maryam, “Sungguh, janin yang berada didalam rahimku ini bersujud kepada janin yang berada di dalam perutmu.” Yang demikian itu merupakan pembenaran Yahya kepada Isa ketika Yahya masih janin didalam rahim ibunya. Yahya lebih tua umurnya daripada Isa” (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’anil Azimi, jilid 3, 2000 M/1421 H:55).

Disebut di QS Ali Imran [3]:44, bahkan para malaikatpun berkelahi berebut mendapat tugas dari Allah untuk SAVE Kalimah Allah yang ada dirahim dara Maryam.

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

Tidak ada yang berani menginjak-injak harga diri Nabi Isa, bahkan baik Dr Zakir Naik maupun budak kecil Nina Grace pun dua-duanya tidak berani menginjak-injak harga diri Nabi Isa. Tengok https://www.youtube.com/watch?v=IAOz5nLDnKg.

Di Kuliyyah di Padang Astaka Kemaman, Terengganu, Malaysia 14-April-2016, setelah Dr Zakir Naik mengislamkan Nina Grace dan setelah Nina Grace mengucap dua kalimat syahadat, Dr Zakir Naik langsung memberi nasihat kepada Nina Grace,

“You should respect Prophet Jesus Christ (pbuh) more.”

“Kamu kena memuliakan Nabi Isa lebih lagi.”

Sudah jelas pesan Nabi Isa adalah pesan tauhid mengutamakan Allah di mana pesan tauhid yang sama tetap dijunjung Nabi Muhammad sebagai Nabi terakhir.

Sungguh melawan ketetapan Allah apabila orang tidak memuliakan Nabi Isa.

Awak boleh membuang apapun kecuali Nabi Isa.

Jangan pernah dibuang sesaat pun dalam hidupmu.

Jangan sampai melawan Sunnatullah!

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator