Contact Information

Theodore Lowe, Ap #867-859
Sit Rd, Azusa New York

We Are Available 24/ 7. Call Now.

Di zaman moden susah mendapati orang beriman kepada malaikat kerana di zaman moden, orang suka percaya pada apa yang boleh dilihat oleh mata dan pada apa yang boleh disentuh tangan. Namun, sebagai orang yang beriman kepada Allah, Muslim kena meyakini akan adanya alam lahir dan alam batin, bukan hanya alam yang boleh dirasa oleh panca indera kita.

Tersebut di QS An Nisa’ [4]:136

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w.), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Malaikat adalah makhluk yang dicipta Allah. Malaikat adalah makhluk yang tidak terlihat oleh mata manusia. Oleh Allah, malaikat diberi tugas untuk selalu menghamba kepada Allah. Malaikat tidak diatur oleh hukum alam yang mengatur manusia. Malaikat tidak perlu makan dan tidak perlu minum.

Kerana malaikat adalah makhluk yang diciptakan Allah, sungguh shirik menyembah malaikat dan menyamakan malaikat dengan Allah. Walau kita tidak boleh memahami keberadaan malaikat dan walau malaikat sungguh mulia kerana diberi kemuliaan oleh Allah, sungguh shirik menyembah malaikat dan menganggap malaikat sama dengan Allah.

Di dalam Islam ada empat malaikat yang sangat menghamba kepada Allah. Keempat malaikat tersebut adalah:

  1. Malaikat Jibril alaihissalam
  2. Malaikat Mika’il alaihissalam
  3. Malaikat Israfil alaihissalam
  4. Malaikat Izrail alaihissalam

Malaikat Jibril adalah malaikat pembawa kabar gembira.

Malaikat Mika’il adalah malaikat yang diutus Allah untuk memberi rizki kepada manusia.

Malaikat Israfil adalah malaikat yang meniup sangkakala datangnya hari Kiamat besar.

Malaikat Izrail adalah malaikat pencabut nyawa. Malaikat Izrail adalah malaikat yang diutus Allah untuk mencabut nyawa manusia.

Kita tidak boleh hanya suka pada Malaikat Jibril sahaja dan tidak suka pada Malaikat Izrail kerana Malaikat Izrail adalah pencabut nyawa kita. Kita kena suka pada semua Malaikat kerana semua daripada Allah.

Tugas-tugas Malaikat daripada Allah

Dalam Kitab Taurat, Zabur, dan Injil, dan Qur’an juga disebutkan tugas-tugas Malaikat daripada Allah.

  1. Malaikat membawa pesan daripada Allah kepada manusia
  2. Malaikat menolong manusia dan menjaga manusia
  3. Malaikat melihat manusia ketika melakukan yang makruf ataupun ketika manusia melakukan yang mungkar

Disebutkan di QS Ali Imran [3]:45

إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan di sisi Allah.

Sebelum malaikat pencabut nyawa datang kepada kita, kita kena pastikan apakah kita sudah mengalami khabar yang mengembirakan dengan Kalimah daripada Allah namanya: Al-Masih Isa Kalimah daripada Allah?

Dirikan sholat tahajut untuk menjawa pertanyaan yang sangat mustahak ini.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


Share:

administrator