اَلْضَّار
Maha Pemberi Derita
Allah adalah Tuhan Yang Maha Penyayang, Maha Penyabar dan Sumber Segala Ketenteraman dan Kedamaian namun sekaligus maha pemberi derita dan kemudaratan dan maha mengazab bahkan kepada orang-orang mu’min yang beriman yang kepadaNya sekalipun. Hal itu memang pelik dan susah difahami oleh manusia.
Mengapa Yang Maha Penyayang sekaigus menjadi penuh azab dan murka kepada orang-orang yang beriman kepada-Nya sekalipun?
Kalau Allah murka dan mengazab orang-orang yang mengkafiri-Nya, hal itu boleh difahami. Tapi siapa yang menyangka Allah Yang Penyayang juga mengazab umat-Nya walaupun umat-Nya itu adalah keturunan Nabi-Nabi-Nya yang pada zaman dahulu banyak pengorbanan dan pengabdian kepadaNya sekalipun!
AḌ-ḌĀRR Yang Pemberi Derita selalu diikuti dengan AN-NĀFI’ Yang Maha Manfa’at. Allah Maha Pemberi Derita AḌ-ḌĀRR sekaligus Allah Maha Pemberi Manfaat AN-NĀFI’. DIA MEMBERI KEMUDARATAN SEKALIGUS MEMBERI MANFA’AT.
Itulah indah dan hikmah daripada 99 nama-nama Allah bagi umat manusia. Aḍ-Ḍarr secara akar kata dekat dengan kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani/Suryani yang bererti ‘keras, bengis.’
Aḍ-Ḍarr termaktub di dalam Quran Surah Yunus [10]:107 …
yang ertinya, ‘kemudaratan’ atau ‘kerugian’ dan sifat Allah yang penuh azab itu tampak jelas dalam surah-surah yang mengkisahkan kisah kaum Nabi Nuh yang dimusnahkan oleh Allah dengan didatangkan air bah kepada mereka. (QS At-Taubah [9]:70, QS Al-Hajj [22]:42.)
Apabila membaca Kitab Taurat, Zabur dan Injil mengenai kisah bencana air bah di zaman Nabi Nuh itu, kita akan memperoleh kesan bahawa sesungguhnya ada hikmah di balik azab bencana air bah itu. Hikmahnya adalah bencana air bah itu justeru membuktikan bahawa Allah itu memang maha pemberi derita atau kemudaratan sekaligus maha penyayang yang penuh manfa’at.
Menurut Kitab Taurat, Zabur dan Injil, Allah memang mengazab dengan cara mendatangkan air bah yang memusnahkan umat manusia, namun sekaligus Allah memilih Nuh sebagai,
“satu-satunya orang yang baik pada zamannya. dan yang hidup muqarabin akrab atau dekat dengan Allah.”
(Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 6:9.)
Sebelumnya, Allah memberitahu Nuh bahawa Allah berencana akan memusnahkan umat manusia kerana umat manusia berlaku zalim dan banyak membuat kerosakan di bumi. Namun pada saat yang sama, Allah memberitahu Nuh untuk membangun bahtera untuk menyelamatkan nyawa-nyawa kehidupan di bumi.
Termaktub di Quran Surah As-Syu’ara’ [26]:118 dan Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 6:13-14 …
Allah akhirnya menyelamatkan Nuh dan orang-orang yang bersamanya.
Ingatlah juga bagaimana Allah mengingatkan orang-orang Bani Isra’il pada zaman dahulu bahawa Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa kerana Allah lah yang menyelamatkan seluruh kaum Bani Isra’il dari dari kezaliman raja zalim Fir’aun dan askar-askarnya yang mengejar-ngejar Bani Isra’il, namun Allah membuka samudra Laut Merah menjadi jalan selamat bagi Bani Isra’il, namun menjadi kuburan bagi orang-orang tidak berkhatan yang zalim itu. Namun ketahuilah juga bagaimana Allah membunuh orang-orang Bani Isra’il yang Dia nak selamatkan, namun, oleh Allah, orang-orang Bani Isra’il itu pun juga dibunuh-Nya. (Termaktub di Kitab Taurat Surah At Tasyniyati [Ulangan] 11:5-6.)
Ketika Bani Isra’il sudah hampir tiba di tanah kampung halaman mereka, Yusak memperingatkan orang-orang Bani Isra’il untuk tidak beribadah kepada ilah-ilah lain selain daripada Yang Ilahi Yang Memelihara Bani Isra’il dan Menolong Bani Isra’il keluar dari kezaliman Fira’un, kerana apabila Bani Isra’il melakukan pelanggaran syirik yakni melupakan Tuhan yang memelihara mereka, maka Yang Ilahi Yang Memelihara Bani Isra’il itu akan menjadi murka dan cemburu dan Yang Ilahi akan mengazab Bani Isra’il dengan cara memusnahkan mereka. (Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah [Yosua] 24:20.)
Namun akhirnya, Yang Ilahi Yang Memelihara Bani Isra’il itu menghancurkan Bani Isra’il menjadi kaum yang amat kecil seperti debu dan menjadikan Bani Isra’il selalu dikalahkan dan dihina dan dipermalukan oleh bangsa-bangsa yang kafir akan Yang Ilahi Yang diimani Bani Isra’il itu dan Bani Isra’il, oleh Allah diizinkan, diculik dibawa oleh orang-orang kafir itu dan dijadikan jongos-jongos oleh bangsa kafir yang tidak berkhatan iaitu Bangsa Babil.
Nabiullah Irmiya menulis kisah Bani Isra’il yang, oleh Allah, diazab dengan sengsara dan derita dan penuh dengan kemudaratan kerana mereka telah melupakan Yang Ilahi Yang Memelihara mereka,
Kamu telah menolak Aku, kamu telah membelakangi Aku. Oleh itu, Aku mengacungkan tangan untuk menghancurkan kamu, kerana Aku sudah jemu menahan kemurkaan-Ku. Aku sudah jemu mengasihani kamu.
(Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Irmiya 15:6.)
Dukacita kematian dan kehancuran Bani Isra’il kerana sebab Allah itu memang sungguh berlaku, namun bukan berhenti di situ sahaja, kerana Yang Ilahi Yang Memelihara Bani Isra’il itu sekaligus juga akan terus memelihara Bani Isra’il dan memperbaharui dan memulihkan kembali Bani Isra’il.
Berkata Allah kepada Bani Isra’il,
“Aku akan melepaskan engkau daripada kekuasaan orang yang jahat dan ganas.”
(Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Irmiya 15:21.)
Kalau insan menjadi lupa dan melanggar, maka dia akan dihukum, dan kemudian dipulihkan balik oleh Allah. Itulah pola perjalanan kisah manusia yang dikisahkan di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Demikianlah jugalah pola kisah perjalanan Sayidina Isa.
Sayidina Isa tergolong bersama dengan penjahat, kerana demikianlah pola perjalanan kisah manusia di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan agar berlaku sungguh pola yang tersurat di dalam Kitab-Kitab Allah. (Termaktub di Kitab Injil Surah Luqa 22:37.)
Nabiullah Isya’ya sudah menyatakan di Kitab Al-Anbiya’ Surah Isya’ya [Yesaya] 53:5-12, garis takdir dihukum matinya Sayidina Isa sampai mati, namun kemudian Sayidina Isa diangkat dan dimuliakan oleh Allah.
Dia dihina dan keadilan direntap daripada-Nya, maka siapa akan boleh mengisahkan keturunan-Nya? Nyawa-Nya ditarik dari muka bumi.’
(Termaktub di Kitab Injil Surah Hawariyun [Kisah Para Rasul] 8:33.)
Begitulah pola perjalanan kehidupan Sayidina Isa di bumi menurut pada pola yang sudah digariskan dan ditetapkan oleh Allah Yang Maha Pemberi Derita Aḍ-Ḍarr sekaligus Maha Manfaat An-Nafi’.
Munajad:
Ya Allah, pasti Engkau sudah mengetahui segala lupa dan niat buruk dan perbuatan hamba yang melanggar, selamatkanlah hamba dari segala lupa dan pelanggaran-pelanggaran hamba, baik dalam hati mahupun dalam perbuatan hamba, pastilah hamba membuat hamba murka dan ingin mengazab hamba. Jadikanlah hamba menjadi manfaat akhirnya.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |